Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 2 Julai 2009

Virus C.H.A.O.S melanda

Salam..

Lama sudah tak memblogging..banyak cerita yang nak di kongsi bersama tetapi masa tak mengizinkan aku nak menghadap lappy aku berjam-jam lamanya untuk mengupdate semua cerita...

Bayangkan nak bukak lappy pun aku terasa malas..(bukan sebab aku malas nak blogging tapi banyak benda yang perlu di beri keutamaan terlebih dahulu..(kenapa tetiba aku rasa cam ayat aku skema jea ney?? pelik,pelik...)

Lantaklah skema ke tak...yang penting sekarang aku berada dalam keadaan yang memang 'chaos'...makin pening kepala aku semenjak bukak sem baru ney...perubahan yang drastik berlaku pada diri aku sekarang, sudah tidak menjadi diri aku lagi seperti yang korang kenal aku sem2 yang lepas...

Terkejar ke sana ke mari tanpa mengira waktu...semuanya aku kena redah sendiri..hinggakan balik saja ke bilik selepas meredah segala perkara2 yang menyebabkan aku terkejar ke sana ke mari, tido saja jawapan yang tepat untuk jawab semua persoalan...(tapi sebelum tido kewajipan tetap aku tunaikan)

Apa yang aku rasa sekarang, balik saja ke bilik aku dah tak nak tengok orang2 di sekeliling aku...sebab apa aku rasa macam tu?? sebabnya aku nak tido..lantak korang la nak buat apa pun..ada aku kesah??? sebabnya esok masih ada lagi aktiviti " berkejaran ke sana sini "...

Berhenti seketika dari aktiviti memblogging...aku nak selesaikan dulu " wayar-wayar yang berserabut kat kepala aku ney..sumenya dah bercampur aduk hinggakan aku sendiri dah tak tahu yang mana satu warna wayar2 itu" Nanti bila keadaan kembali tenang dan aman damai aku akan ceritakan segala-galanya...

p/s : time kasih sebab baca entry aku ney... entry yang memang "C.H.A.O.S"..Huh!!!



0 ulasan: