Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 25 Ogos 2009

Puasa

Assalamualaikum..

Hello!!!!!!! hurm dah lama aku tak update blog ne..sungguh lama aku tak menyinggah menghabiskan masa aku untuk update story dalam hidup aku.Kenapa???

Sebenarnya aku sudah tidak bernafsu untuk berblogging lagi.. aku kira mungkin nafsu aku semakin turun sedikit demi sedikit disebabkan bebanan kerja yang semakin bertambah dari sehari ke sehari..fuhhhhh penat aku rasa sejak kebelakangan ne..Dan kini ianya masih belum berakhir walaupun sudah masuk ke bulan ramadhan..malahan semakin banyak kerja yang terpaksa aku bawa balik ke rumah..aku sekarang ada kat rumah.. bermulanya assignment dan berakhirnya sudah Bengkel Debat di UITM Puncak Perdana dan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 di USIM memang tidak pernah membuatkan aku penat untuk berfikir cara bagaimana lagi membolehkan aku bijak untuk membahagikan masa antara belajar dan berdebat..Selesai sahaja pertandingan debat kemerdekaan di Angkasapuri yang menyaksikan kemenangan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS yang berjaya menewaskan MULTIMEDIA UNIVERSITI aku sudah dilanda demam..di dalam hati mula berkira-kira takut dijangkiti H1N1.. oh tidakkkk!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah...keesokan paginya 19hb ogos 2009- selasa aku gagahkan diri untuk ke klinik..kali ini bukan ke klinik kerajaan tetapi ke terus ke klinik swasta di bandar bangi kerana aku sudah tidak mampu menahan demam+batuk+sakit tekak+sakit kepala+selesema..tuhan saja yang tahu betapa beratnya sakit aku ketika itu..2 hari aku tidak lalu makan, hanya makan biskut dan air masak untuk mengalas perutku untuk makan ubat..seperti biasa doktor yang biasa merawat aku mengatakan aku sangat letih, kurang air dalam badan dan kurang rehat..dan seperti biasa ubat antibiotik peneman ubat-ubat yang lain..

Hari ini sudah 4 hari aku pulang ke rumah menghabiskan cuti semingguku..satu assignment pun masih belum aku mulakan..alhamdulillah sehingga kini semua sakitku beransur pulih..cuma yang tinggal hanya batuk-batuk sahaja..Pertama kali berbuka puasa tanpa air yang dibubuh ais batu..bayangkan betapa seksanya aku..hahaha..tapi bila difikirkan kembali, itu yang terbaik dari aku terus merana demam..Aku fikir malam ini selepas terawih, aku mahu mulakan assignment yang aku bawa pulang..sudah bertambah banyak aku kira walaupun aku tahu assignment-assignment itu tidak beranak-pinak..hehe

Oklah, sampai disini sahaja coretanku, doakan aku semoga kembali sihat bila pulang ke ipis nanti..bila di rumah teringat pula dengan rakan-rakan..Apa yang mereka sedang buat yea?? Barangkali berlumba-lumba membuat solat terawih 21 rakaat aku rasa...

0 ulasan: