Salam..
Malam tadi, di luar terdengar bunyi titisan air hujan yang turun menyembah bumi ipis ini..diselangi dengan bunyi kilat, bukan kilat sabung-menyabung..usai solat maghrib, aku masih berteleku di atas sejadah, menitipkan dan membasahkan bibir dengan alunan zikir dan alhamdulillah masih sempat aku menghabiskan satu juzuk al quran surah "An Najm" yang membawa maksud "Bintang".. selesai solat aku bergerak ke panel control kipas memperlahankan sedikit volumenya, tak tahan rasanya sejuk hembusan angin yang menyapa tubuhku hingga terasa ke tulang hitamku..
Aku kuak sedikit pintu bilik aku E326 , aku pandang terus ke langit, hanya awan hitam menghiasi di dada langit, tiada satu bintang yang dapat aku lihat seperti surah yang aku bacakan tadi..aku duduk di birai katil merenung di sekeliling bilik aku, ya bilik ini..bilik yang memulakan segala-galanya..di sini bermula perjalanan hidup aku sebagai seorang bakal guru, bilik yang menemukan aku dengan seorang insan yang baru aku kenali 'Farah", bilik yang mengajar aku erti rindu terhadap keluarga dan segala macam perasaan bercampur menjadi satu..saat itu air mata sudah tidak tertahan lagi lalu tumpah membasahi pipi..amat deras sekali..
Entah kenapa 2, 3 hari ini, hati cepat sangat tersentuh..tersentuh dengan perubahan yang bakal berlaku..tersentuh dengan orang yang disekelilingku..hanya rakan2 tempat aku mengadu.Pelik dengan diri sendiri..aku sendiri kurang memahami situasi dan perubahan diri..Farah tiada di bilik, pulang ke rumah menghabiskan cuti di hujung minggu bersama keluarag tersayang..Ya hanya aku penunggu setia ruang kamar yang sunyi ini ditemani buku-buku yang bertaburan di atas meja..
Peperiksaan semakin menghampiri, waktu pantas berlari..helaian buku sistem ejaan rumi dan komunikasi bertulis habis juga ku selak dan ku baca..sudah mula menghafal point-point yang aku catat di dalam kertas A4 yang ku lipat dua..mudah aku kira sekiranya aku terlupa, hanya perlu lihat semula tanpa perlu membuka buku tebal subjek itu..Di dinding bilik sudah bertampal dengan soalan-soalan spot yang di kirim oleh kawan-kawan serata maktab..di dalam hati panjatkan doa moga-moga soalan spot itu keluar..aminnn..
Lepas membaca aku lihat gambar keluarga di skrin compaq aku yang baru berusia 1 tahun 4 bulan 1 hari..terpandang wajah mak dan abah..terlayar segala kebaikan mereka di ruangan mata, berderai lagi air mata..murah sungguh air mata aku ini tak terhingga banyaknya ia keluar tanpa henti..semangat untuk berjaya dalam peperiksaan kali ini semakin membara..biarlah pointer sem ini meningkat lagi seperti sem yang lepas, moga itu dapat menggembirakan a=hati orang tuaku yang tercinta..
Puas menangis, aku terpandang handphone sony ericsson aku yang setia disisi yang di hadiakan oleh abah..sepi tanpa ada deringan yang berbunyi..panggilan dan sms yang aku nanti belum ada..dalam hati rasa bersalah menguasai diri..sedar dengan kesibukan diri sehingga terlupa insan yang sentiasa disisi..apa yang harus aku lakukan?? sms meminta maaf sudah ku kirimkan, tapi tiada balasan yang maaf aku diterima..sudah 2 minggu kami berdua sepi, hanya bertanya khabar sahaja, tidak seperti selalu..tiada lagi suara yang mengusik aku ketika malam menjelang tiba, tiada lagi kata-kata semangat untuk kami berdua, tiada lagi gurauan yang mampu membuatkan kami berdua tertawa, tiada, tiada, tiada dan tiada..yang ada hanya sms hendak segera menamatkan perbualan di sms..hanya ucapan selamat malam yang dikirimkan, itu pun kalau ada kalau tidak sepi tanpa cerita..
Ya aku tahu, dia sedang marah dan terasa dengan aku..itu sudah aku jangkakan..naluri hati kuat memberitahu aku apa yang sebenarnya yang berlaku..cuma bila aku bertanya dia menidakkan sahaja persoalan aku..sekarang aku biarkan sahaja..memang dia berhak merasa sebegitu, mungkin ucapan maaf aku tidak langsung bernilai di matanya..
Sekarang aku hanya mahu belajar untuk peperiksaan akhir ini..tidak mahu lagi memikirkan perkara ini buat sementara waktu..biarlah keadaan menjadi tenag sekejap..aku tidak mahu menyesakkan fikirin aku yang sedia buntu dan aku hanya mahu mengisikannya dengan segala macam ilimu tenses, analysis poem, essay writing, penulisan kata, pembentukan kata, teks pengacaraan majlis, masalah pengganguran, diskriminasi harga, pemboleh ubah makro dalam kedudukan ekonomi, pandangan "keynes" mengenai ekonomi , DEB, imigran, wawasan 2020 dan segala macam ilmu yang akan aku hafal dan fahami dan aku akan luahkan ia di atas kertas pada 4, 5, 10 dan 12hb nanti..doakan aku semoga berjaya hanya itu yang akau harapakan..Tabahkan hatimu wahai Syuhada..
PINJAMAN
-
Benda yang paling aku takut sekarang, bilamana nikmat yang tuhan pinjamkan
akan diambilnya semula. Bila yang hak empunya mesti dikembalikan pada
pemilik ha...
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan