Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sudah Pandai Ketawa

Salam..

Tengahari tadi emak telefon tanya khabar dan kesihatan aku..sungguh aku memang rindu nak dengar suara emak..cadangnya aku nak telefon emak selepas mahgrib nanti sebab dah dua hari aku tak dengar cerita emak dan abah..last-last emak yang telefon aku dulu..Lega hati bila dapat tahu emak dan abah sihat

Selepas mahgrib telefon aku menjerit-jerit minta di angkat, terpapar nama emak di telefon sony ericsson aku..aku angkat dan terdengar suara ceria emak di telefon..dalam hati mungkin ada cerita menarik emak nak kongsi dengan aku..

ya, memang tepat tekaan aku, sebenarnya selepas emak telefon tengahari tadi, aku memang ada cakap yang aku rindukan rifdi anak sedara lelaki sulung dalam keluarga aku, emak bagitahu yang rifdi datang bersama ibunya ke rumah aku..sudah pandai ketawa kata emak..bila dengar cerita emak, aku memang tak sabar nak jumpa denga si tembam tu..beratnya sekarang emak cerita dah mencapai 7 kg lebih walaupu baru berusia 3 bulan lebih..hehe
Kakak ipar aku ada hantar sms suruh aku on9 FB ..dalam FB kakak ipar aku, sempatlah aku tengok video rifdi tengah ketawa..sungguh memang sudah pandai bermain dan ketawa..tak sabar rasanya aku nak balik cuti sem nak bermain dengan si kecil itu..

0 ulasan: