Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 23 November 2009

Apa Yang Aku Buat??

Hello..Erm hari ni genap seminggu lebih aku bermastautin kat rumah, maknanya juga dah seminggu lebih jgk la aku tinggalkan maktab..Macam biasa la bila ada kat maktab tak sabar-sabar nak balik, bila ada kat rumah teringat pulak kat maktab..ishh..Yeke teringat kat maktab?? hehe..

Duduk kat rumah memang aku rasa heaven gila..sebab apa?? Sebabnya aku boleh buat semua benda yang aku suka yang sebelum nie kat maktab aku tak sempat nak melakukan aktiviti itu..aktiviti apa?? Jeng, jeng, jeng..hehe
Aktiviti aku biasa sachee kat rumah tak de apa yang menarik pun, tapi bagi aku, aku rasa best..Aku rasa kawan-kawan aku yang lain pun mungkin aktivitinya sama sachee dengan aku..Aku rasa je la..tak tau betul ke tak??

Lupa nak story, aku balik maktab awal gila dari orang lain..(tapi aku rasa ada jea dak lain yang balik awal dari aku)..Aku balik rumah hari isnin, dari maktab aku gamble sachee ke puduraya an baru terhegeh-hegeh nak cari tiket bas ke taiping..Memang takut, takut buatnya tiket tiba-tiba habis ke tak ke naya aku dibuatnya.Tapi alhamdulillah aku dapat tiket kul 2ptg, sampai pudu kul 1.00 petang so elok sangatla aku dapat rezeki tiket awal..hehe..FYI kali ini aku balik seorang sachee tanpa ditemani oleh sesiapa pun melainkan penumpang yang aku tak kenal dan pemandu bas tu..berani juga aku ni kan?? hehe Nasib baik aku dapat seat seorang tak yah nak share ngan orang, so senang la sikit kalau aku nak tido ke apa, tak la segan sangat..hahahaha..

Balik kali ni aku demam lagi, actually aku dah rasa tak sihat badan since sebelum exam lagi..wHy?? sebabnya mungkin aku rasa tekanan yang aku dapat untuk malam pesona mahabbah, pemantauan dari BPG, jamuan batch, jamuan kelas dan exam membuatkan badan aku cukup sensitif menerima perkataan l.e.t.i.h..mungkin la..Kat maktab aku kuatkan semangat jea, pas selesai semua event-event tu, aku memang struggle habis untuk bertahan untuk jawab exam sem nie..So bila dah habis exam that why aku terus jea demam
..=(

Sampai rumah, demam aku makin teruk+selsema+batuk..Tak larat aku rasa, letih gila, padahal tido jea pon..hehe..So bila mak aku nak gi check BP kat hospital aku pun ikut sekali mak aku gi hospital wat check up..(kakak n anak sedara aku pun ikut) Bila aku gi check doc, doc kata aku punya antibodi sangat lemah, so doc suggestkan aku amik supplement tambahan..vitamin la senang citer utk kuatkan aku punya antibodi..So dapatla aku ubat batuk, selesema, ascorbic acid@ vitamin dan last sekali ubat demam..So berhari-hari gak la aku menelan ubat-ubat tu semua, dan sekarang aku dah sihat..alhamdulillah..

So bila aku dah cuti nie aku dapat tugasan baru, tugasan mengajar si kakak membaca..Actually izzati dah pandai membaca, so aku just betulkan sikit-sikit jea mana-mana perkataan yang dia tak tahu..mudahkan???=)

Kat maktab memang susah nak makan makanan favourite kita, bukan apa memang la kat kedai makan ada macam-macam makanan yang dijual tapi kat maktab aku kena fikirkan bajet kewangan..hehe..sekali sekali ok la, tapi kalau tiap-tiap hari makan sate, abc, etc..mau papa kedana aku..ahaks..Seriously aku tak minta duit@elauan PA&MA kat parent aku yea..(Sachee nak show off skit..heheh) Aku survive pakai duit elaun bulanan aku yang Kem.Pelajaran bagi tiap-tiap bulan..Ramai yang tanya aku cukup ke RM400++ sebulan?? Jawapan aku cukup ke tak cukup ke pandai-pandai la manage bagi cukup..Aku segan dowh nak mintak kat parent..Memangla parents boleh kasi duit tapi aku rasa aku cukup jea gunakan elauan aku tu nak menampung makan,minum, personal stuff, kerja luar, assignment, duit buku, duit bahan photostat, broaband, tiket balik kg, etc..sume..

So bila dah balik umah ni la masa yang sesuai nak balas dendam..haha(gelak jahat) Kat rumah mak aku sangat rajin bab-bab masak memasak nie..ada jea makanan yang menambat selera aku..hehe, masakan mak semua aku rasa sedap..Petang tadi mak buat bubur pulut hitam..Aku just membantu sachee, masak belum pandai lagi..hehe..Selama aku duduk kat rumah, macam-macam mak ajar aku masak, sambil-sambil tu mulut mak macam-macam nasihat yang keluar..Kata mak aku kena belajar dan tahu masak esok kahwin senang, hehe
Nie la buku cerita yang kakak aku beli kat anak dia dan suruh aku ajar anak dia pandai membaca..Beli kat giant izzati kata..pecah rahsia kakak aku..haha..Maka aku pun menjalankan tugas guru kepada mereka-mereka ini..Sudah pandai ini budak membaca..hehe..Tulisan dalam buku nie besar-besar so senangla aku ajar dan lukisan dalam buku nie pun warna-warni..hehe

Dalam demam-demam aku pun, aku sempat lagi gi tengok wayang cite Senario The Movie episode 2 : Beach Boys dengan maksu dan anak-anak dia..Memandangkan maksu aku yang belanja tiket dan tits bits so aku pun belasah jela tumpang sekaki..hahahaha..So petang tu maksu aku kena la bayar RM RM66 untuk movies sachee..tak mahal kan maksu murah je tu..hehe..Story kali ni aku suka, best2..sebab tak meleret-leret citer dia dan banyak scene yang lawak2 tak macam the previous movie yang episode 1 tu..episode 1 aku tak tengok sampai abis pun..so bak kata rizalman "berbaloi-baloi" la aku gi tengok cite nie..so korang apa lagi cepatlah gi tengok =p

So yang last sekali, cuti ni aku banyak habiskan masa layan kuiz dekat FB, blogging, ym, sms, skype je..dah tak tahu nak wat apa..nasib baik line 3G ok kat taman aku nie so memang best la click sekali jea dengan pantas aku dapat wat benda-benda lagha nie..hahaha

Aku belum sempat kuar dengan kawan-kawan lama dan minggu depan aku dah nak gi kenduri rumah mak sedara aku..Nanti boleh jumpa dengan sedara n sepupu sepapat yang aku dah lama tak jumpa..hehe











0 ulasan: