Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 28 November 2009

Raya Datang Lagi

Salam..

Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan salam aidiladha buat semua yang mengenali aku tak kira la di ym, skype, fb, atau pun kwn2 blogger..semoga amal ibadah kita akan diterima allah..Insyaallah..=)

Persiapan raya tahun ni, alhamdulillah bersederhana sahaja..Cuma mungkin kali ni aku terlebih rajin skit..hehe..Yela bukan senang aku nak jadi rajin ni..Petang raya tu, mak dan along sibuk kat dapur masak kuah kacang dan rebus ayam nak buat sup. Menu kami pagi raya ialah bihun sup, nasi impit, kuah kacang dan lemang. Kuih raya langsung tak de coz jarang family aku hidangkan kuih raya pagi raya aidiladha. Jiran aku mak cik ani (jiran aku orang kelantan) masak masakan kelantan, apalagi kalau bukan nasi dagang yang memang superb tu..hehe..So pagi-pagi lagi mak cik ani ni dah antar nasi dagang kat umah aku. Bertambah lagi satu menu..hihi..
Pagi tu aku sempat ber 'web cam' melalui ym dengan abang, SIL, dan anak sedara aku Khalis. Raya ni abang aku beraya kat umah PIL so kitaowg sempatla sembang2..SIL ajak datang raya umah dia, so kitaowg pun agree nak datang umah dia kat ipoh pas abis beraya kat sini.

So pagi raya tu after sembahyang raya, rumah aku mula didatangi tetamu yang tak putus-putus kunjung tiba, al maklum la family aku tak pernah beraya kat kampung untuk hari raya pertama, selalunya raya kedua baru balik kampung..=) so memang ramai la jiran-jiran taman aku nie datang raya. Aku macam biasa la duduk kat dapur mencuci pinggan mangkuk..rajin kan..haha

Pas beraya ngan jiran-jiran, kitaowg gi beraya umah maksu pula, maksu pula masak laksa, so aku makan sikit jea sebab dah kenyang makan kat rumah aku tadi..Then pas solat jumaat, kitaowg satu family serbu umah SIL ala-ala rancangan 'tangkap muat' kat astro, menu kat PIL abang aku nasi minyak, ayam goreng berempah, daging masak hitam, kari daging dan acar nanas dan timun..Memang menu yang boleh buat aku bertambah chubby nie..memnadangkan SIL aku nie rajin so raya ni dye memang buat kuih raya, adala 3,4 jenis kuih raya dia buat..nie baru betul2 rajin ni..ahaks

Ok berbalik pada cerita kerajinan aku tadi, petang raya tu time mak dan along sibuk kat dapur, aku pun sibuk sama kat dapur..bukan wat apa pun, tapi aku sibuk tengok kakak aku buat kuah kacang. Dok sibuk sembang2 tiba-tiba nafsu rajin aku datang.. aku pun tanya mak aku kot2 ada serbuk dadih then aku terima jawapan yang sangat positif ok..hehe, tapi serbuk dadih tu perasa cuppucino..xpela janji ada..

So aku dan along aku pun gila excited buat dadih nie..FYI aku nie suka makan makanan yang lembik-lembik macam dadih, tau fu fa, yougurt, etc..sedap weyh especially bila letak dalam fridge..haha..(sapa tak lalu jangan makan) So sempena raya nie aku namakan dadih nie dengan nama " Dadih Sesuci Lebaran"..kehkeh




p/s : sila la terliur yea..=p









0 ulasan: