Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 31 Ogos 2009

Geram!!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang aku sudah selamat sampai di ipis..bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 9.45 dan sampai di ipis tepat jam 1.30 petang..nasib baik la arini highways tak jammed teruk, semuanya going smoothly..selalu kalau nak balik taiping mesti highways jammed teruk, kalau nak balik semula ke ipis highways lenggang jea xda keta..huhu..

Kita lupakan sekejap pasal jammed tu..sekarang aku nak cerita kenapa aku sangat geram arini sesudah aku sampai di bilik hostel aku..aku bukak saje pintu bilik, memang aku agak panas bila tengok keadaan bilik aku yang sangat la bersepah macam kena langgar ngan burung garuda..dengan kesabaran yang tinggal di paras nyawa-nyawa ikan, aku terus masuk bilik dan letak barang atas katil...Masyaallah selama aku kosongkan bilik aku selama 3 semester ney, ney la kali pertama aku rasa penghuni yang tinggal dalam bilik aku dan farah sepanjang aku kami bercuti 10 hari ney betul-betul boleh dikategorikan memang tak layak jadi "CIKGU"..sorry to say la memang rosak murid kalau dapat cikgu macam Si "X" ney..kowang taw tak dye tinggalkan bilik kami dengan coklat yang dah agak cair, botol-botol kosong berterabur atas meja study, berbelas-belas getah yang warna oren tu berterabur atas meja study aku (ntah dye kutip kat mana pun aku tak taw la??), segumpal rambut gugur bawah desk, satu paket kecil cereal, rambut gugur penuh atas lantai, karpet bilik kitaowg dye campak kat luar dan yang PALING MEMBUATKAN AKU RASA MACAM NAK CAMPAK JEA DYE TURUN DARI TINGKAT 3 NEY BILA JUMPA DYE DEPAN MATA AKU OR DATANG IPIS NEY (Kalau aku jumpa dye ney la) ialah :

1. Si "X" yang tak berapa pandai nak jadi cikgu ney telah koyakkan aku punya wallpaper kat dinding bilik aku..(ntah ape yang dye jeles pun aku xtaw la, maybe kat umah dye xde kot wallpaper dalam bilik dye?)

2. Pamphlet aku yang aku susun elok2 dalam sampul oren yang aku lekat kat dinding, Si "X" ney xsusun elok2..main sumbat jea masuk dalam sampul tu...(aku tawla dye nak membaca maklumat kat pamphlet tu, tp why not ko susun elok2 dalam sampul 2..aku xkisah kalau dye nak baca tapi consider la skit penat lelah aku susun..isk3 kesian sampai tak tahu nak simpan balik hak orang..agak2 aku la mesti bilik dye ney bersepah..huhu)

3. Dye amik a.k.a "tercuri" or "terambil" extension aku dan wat macam harta dye..(kalau akak dah xde or tak mampu nak beli extension tu cakapla kat saya, saya bley tlg belikan..xyah la sampai nak amik hak orang lain)

Apa yang menjadi kesimpulan dalam fikiran aku ialah Si "X" ney memang tak layak untuk jadi seorang guru..sebab apa?? sebabnya dye tak mampu nak tunjukkan contoh yang terbaik kat anak murid dye..bayangkanlah amik jurusan J-Qaf a.k.a agama islam tapi dye sendiri tak mendalami apa itu islam sebenarnya.. sedangkan dalam islam terang2 ada mengatakan yang mana yang diperintah yang mana yang dilarang..yang mana dosa dan yang mana pahala..takkan la dah besar panjang pun masih tak dapat bezakan..aku sangat risau dengan perangai and attitudes dye sebagai seorang guru tu akan merosakkan anak murid dye sendiri..

To : Si "X" Saya kenal nama akak cuma saya rasa tak perlulah saya aibkan nama akak..sebab saya taw xbaik utk saya aibkan nama orang..saya harap sangat semoga akak akan berubah..bukan tujuan saya nak mengajar akak tapi sedarlah akak, akak ney cikgu dan mendidik anak orang, cubalah akak bayangkan kalau saya mengajar anak akak mencuri barang kepunyaan akak??cmmna?? bley akak bayangkan?? camtu jugala apa yang saya rasa..yang pasal extension tu xpela, saya halalkan jela akak guna extension saya tu..lagipun ney bulan puasa tak elok saya nak ungkit barang cmtu..cuma satu jela harapan saya semoga akak cepat berubah..jadilah seorang guru yang dapat tunjukkan contoh yang baik..saya xla kata saya ney totally baik tapi at least sy cuba berubah untuk menjadi yang baik..dan saya harap akak pun cmtu jgk..saya minta maap kalau ada yang terasa dgn penulisan saya yang agak kasar tu..

Ya allah ampunkan hambamu ini!!!!

Selasa, 25 Ogos 2009

Puasa

Assalamualaikum..

Hello!!!!!!! hurm dah lama aku tak update blog ne..sungguh lama aku tak menyinggah menghabiskan masa aku untuk update story dalam hidup aku.Kenapa???

Sebenarnya aku sudah tidak bernafsu untuk berblogging lagi.. aku kira mungkin nafsu aku semakin turun sedikit demi sedikit disebabkan bebanan kerja yang semakin bertambah dari sehari ke sehari..fuhhhhh penat aku rasa sejak kebelakangan ne..Dan kini ianya masih belum berakhir walaupun sudah masuk ke bulan ramadhan..malahan semakin banyak kerja yang terpaksa aku bawa balik ke rumah..aku sekarang ada kat rumah.. bermulanya assignment dan berakhirnya sudah Bengkel Debat di UITM Puncak Perdana dan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 di USIM memang tidak pernah membuatkan aku penat untuk berfikir cara bagaimana lagi membolehkan aku bijak untuk membahagikan masa antara belajar dan berdebat..Selesai sahaja pertandingan debat kemerdekaan di Angkasapuri yang menyaksikan kemenangan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS yang berjaya menewaskan MULTIMEDIA UNIVERSITI aku sudah dilanda demam..di dalam hati mula berkira-kira takut dijangkiti H1N1.. oh tidakkkk!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah...keesokan paginya 19hb ogos 2009- selasa aku gagahkan diri untuk ke klinik..kali ini bukan ke klinik kerajaan tetapi ke terus ke klinik swasta di bandar bangi kerana aku sudah tidak mampu menahan demam+batuk+sakit tekak+sakit kepala+selesema..tuhan saja yang tahu betapa beratnya sakit aku ketika itu..2 hari aku tidak lalu makan, hanya makan biskut dan air masak untuk mengalas perutku untuk makan ubat..seperti biasa doktor yang biasa merawat aku mengatakan aku sangat letih, kurang air dalam badan dan kurang rehat..dan seperti biasa ubat antibiotik peneman ubat-ubat yang lain..

Hari ini sudah 4 hari aku pulang ke rumah menghabiskan cuti semingguku..satu assignment pun masih belum aku mulakan..alhamdulillah sehingga kini semua sakitku beransur pulih..cuma yang tinggal hanya batuk-batuk sahaja..Pertama kali berbuka puasa tanpa air yang dibubuh ais batu..bayangkan betapa seksanya aku..hahaha..tapi bila difikirkan kembali, itu yang terbaik dari aku terus merana demam..Aku fikir malam ini selepas terawih, aku mahu mulakan assignment yang aku bawa pulang..sudah bertambah banyak aku kira walaupun aku tahu assignment-assignment itu tidak beranak-pinak..hehe

Oklah, sampai disini sahaja coretanku, doakan aku semoga kembali sihat bila pulang ke ipis nanti..bila di rumah teringat pula dengan rakan-rakan..Apa yang mereka sedang buat yea?? Barangkali berlumba-lumba membuat solat terawih 21 rakaat aku rasa...