Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Perasaanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perasaanku. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2009

Ini luahan hati, moga tenang menghadapi dugaan hidup ini

Salam..

Sunyi ya sunyi itu yang dapat aku rasakan sekarang..Yang kedengaran hanya bunyi kipas yang berpusing laju di dalam bilik aku ini. Tiada teman di sini, tiada gelak tawa menghiasi malam-malam seperti malam sebelumnya. Aku keseorangan sahaja di dalam bilik yang aku duduki sekarang. Rindukan mak dan abah..hanya itu yang ada dalam fikiran aku sekarang..rasa tak sabar mahu pulang ke rumah, hendak melihat muka kedua-duanya..Entah la mengapa hati begitu gelisah rindukan mereka. Tiada teman berborak untuk meluah rasa, hanya di simpan di dalam hati sahaja. Begitu tertekan dengan situasi yang di hadapi sekarang, mudah terasa dengan orang-orang yang berada di sekeliling aku namun aku gagahkan diri menghadapi semua ini. Hati sempat tersentuh, air mata tidak mampu keluar lagi. Hanya 2 paper sahaja lagi aku akan selesai menduduki peperiksaan semester ini. Semester yang penuh dengan suka, duka, tangis dan tawa. Semuanya berkongsi rasa menerbitkan satu warna. Warna yang aku kira sudah pudar warnanya akibat di hiasi warna-warna hitam yang di lakari . Itulah yang menghiasi ragam manusia yang berada di sekeliling hidup ini. Di dalam hati ingin segera melarikan diri, sudah tidak sanggup terus dibelenggu situasi yang tidak terduga berlaku di dalam kehidupan sehari..Lemas rasanya tidak dapat menghidup udara yang di beri Maha Esa dengan tenang dan damai. Namun aku cukup bersyukur, dengan izinNya aku masih tetap di kurniakan rezeki dan kesempatan untuk terus berdiri teguh menghadap Allah Rabbul Izzati. Mula muhasabah diri dengan niat memperbaiki diri..mungkin menjadi insan yang lebih tabah meniti kehidupan ini, namun aku biarkan persoalan itu di kembalikan kepada hati. Biar hati yang berkata-kata. Banyak yang difikirkan di dalam otak yang dikurniaan Ilahi. Berat sekali kepala ini memikirkan masalah diri, namun apakan daya diri ini masalah perlu di hadapi. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim hanya Engkau tempat hambamu mengadu, hanya Engkau tempat ku memohon pertolongan agar masalah dapat diringankan dan dugaan yang datang dihadapi dengan tenang..Tiada apa yang ku pinta hanya keredhaan dariMu yang aku pinta, ampunkan salah dan silap hambamu sepanjang hambamu ini meniti usia dewasa semoga hambamu ini diberikan Hidayah olehMu agar menjadi guru murrobi mendidik anak bangsa dengan penuh erti…Insyaallah, Amin..

Sabtu, 31 Oktober 2009

Emosi yang melanda diri

Salam..

Malam tadi, di luar terdengar bunyi titisan air hujan yang turun menyembah bumi ipis ini..diselangi dengan bunyi kilat, bukan kilat sabung-menyabung..usai solat maghrib, aku masih berteleku di atas sejadah, menitipkan dan membasahkan bibir dengan alunan zikir dan alhamdulillah masih sempat aku menghabiskan satu juzuk al quran surah "An Najm" yang membawa maksud "Bintang".. selesai solat aku bergerak ke panel control kipas memperlahankan sedikit volumenya, tak tahan rasanya sejuk hembusan angin yang menyapa tubuhku hingga terasa ke tulang hitamku..

Aku kuak sedikit pintu bilik aku E326 , aku pandang terus ke langit, hanya awan hitam menghiasi di dada langit, tiada satu bintang yang dapat aku lihat seperti surah yang aku bacakan tadi..aku duduk di birai katil merenung di sekeliling bilik aku, ya bilik ini..bilik yang memulakan segala-galanya..di sini bermula perjalanan hidup aku sebagai seorang bakal guru, bilik yang menemukan aku dengan seorang insan yang baru aku kenali 'Farah", bilik yang mengajar aku erti rindu terhadap keluarga dan segala macam perasaan bercampur menjadi satu..saat itu air mata sudah tidak tertahan lagi lalu tumpah membasahi pipi..amat deras sekali..

Entah kenapa 2, 3 hari ini, hati cepat sangat tersentuh..tersentuh dengan perubahan yang bakal berlaku..tersentuh dengan orang yang disekelilingku..hanya rakan2 tempat aku mengadu.Pelik dengan diri sendiri..aku sendiri kurang memahami situasi dan perubahan diri..Farah tiada di bilik, pulang ke rumah menghabiskan cuti di hujung minggu bersama keluarag tersayang..Ya hanya aku penunggu setia ruang kamar yang sunyi ini ditemani buku-buku yang bertaburan di atas meja..

Peperiksaan semakin menghampiri, waktu pantas berlari..helaian buku sistem ejaan rumi dan komunikasi bertulis habis juga ku selak dan ku baca..sudah mula menghafal point-point yang aku catat di dalam kertas A4 yang ku lipat dua..mudah aku kira sekiranya aku terlupa, hanya perlu lihat semula tanpa perlu membuka buku tebal subjek itu..Di dinding bilik sudah bertampal dengan soalan-soalan spot yang di kirim oleh kawan-kawan serata maktab..di dalam hati panjatkan doa moga-moga soalan spot itu keluar..aminnn..

Lepas membaca aku lihat gambar keluarga di skrin compaq aku yang baru berusia 1 tahun 4 bulan 1 hari..terpandang wajah mak dan abah..terlayar segala kebaikan mereka di ruangan mata, berderai lagi air mata..murah sungguh air mata aku ini tak terhingga banyaknya ia keluar tanpa henti..semangat untuk berjaya dalam peperiksaan kali ini semakin membara..biarlah pointer sem ini meningkat lagi seperti sem yang lepas, moga itu dapat menggembirakan a=hati orang tuaku yang tercinta..

Puas menangis, aku terpandang handphone sony ericsson aku yang setia disisi yang di hadiakan oleh abah..sepi tanpa ada deringan yang berbunyi..panggilan dan sms yang aku nanti belum ada..dalam hati rasa bersalah menguasai diri..sedar dengan kesibukan diri sehingga terlupa insan yang sentiasa disisi..apa yang harus aku lakukan?? sms meminta maaf sudah ku kirimkan, tapi tiada balasan yang maaf aku diterima..sudah 2 minggu kami berdua sepi, hanya bertanya khabar sahaja, tidak seperti selalu..tiada lagi suara yang mengusik aku ketika malam menjelang tiba, tiada lagi kata-kata semangat untuk kami berdua, tiada lagi gurauan yang mampu membuatkan kami berdua tertawa, tiada, tiada, tiada dan tiada..yang ada hanya sms hendak segera menamatkan perbualan di sms..hanya ucapan selamat malam yang dikirimkan, itu pun kalau ada kalau tidak sepi tanpa cerita..

Ya aku tahu, dia sedang marah dan terasa dengan aku..itu sudah aku jangkakan..naluri hati kuat memberitahu aku apa yang sebenarnya yang berlaku..cuma bila aku bertanya dia menidakkan sahaja persoalan aku..sekarang aku biarkan sahaja..memang dia berhak merasa sebegitu, mungkin ucapan maaf aku tidak langsung bernilai di matanya..

Sekarang aku hanya mahu belajar untuk peperiksaan akhir ini..tidak mahu lagi memikirkan perkara ini buat sementara waktu..biarlah keadaan menjadi tenag sekejap..aku tidak mahu menyesakkan fikirin aku yang sedia buntu dan aku hanya mahu mengisikannya dengan segala macam ilimu tenses, analysis poem, essay writing, penulisan kata, pembentukan kata, teks pengacaraan majlis, masalah pengganguran, diskriminasi harga, pemboleh ubah makro dalam kedudukan ekonomi, pandangan "keynes" mengenai ekonomi , DEB, imigran, wawasan 2020 dan segala macam ilmu yang akan aku hafal dan fahami dan aku akan luahkan ia di atas kertas pada 4, 5, 10 dan 12hb nanti..doakan aku semoga berjaya hanya itu yang akau harapakan..Tabahkan hatimu wahai Syuhada..

Khamis, 29 Oktober 2009

Taklimat Exam

Salam..

Hari ini tak ada kuliah..cuma ke taklimat exam sacheee..macam sem2 yang lepas jugak taklimat masih sama cuma mungkin ada sedikit perubahan aku kira..tak banyak sikit sachee..kali ini aku khusyuk sekali mendengar taklimat yang Ust Fazdi beri..Dalam hati terbayang macam-macam

Ya inilah sem yang terakhir untuk aku..sem terakhir persediaan ijazah..berdebar sungguh hati ini, tak terkira berapa laju denyutan nadi aku..membayangkan segala macam perkara dan kemungkinan..kemungkinan apa??

1. Kemungkinan kelas aku akan di tukarkan ke IPGM BA @ IPGM Bahasa Antarabangsa
2. Takut persediaan peperiksaan akhir ini aku masih belum bersedia nak menjawab soalan exam
3. Banyak yang belum aku study terutamanya makro n mikro ekonomi
4. Risau tak dapat naikkan CGPA untuk sem nie

banyaknya kerisauan aku..huhu..dalam hati aku rasa sebak sangat, rasa ingin menangis bila terkenangkan kemungkinan aku akan berpisah dengan teman2 sekelas aku sebab mungkin akan berpecah berbeza maktab..betul ke ayat aku nie..hehe..dan sebak bila memikirkan kemungkinan kami sekelas akan meninggalkan ipis ini..Ya allah sedih aku memikirkan perkara-perkara ini..sungguh dalam diri dah mula terbit rasa cinta dan sayang dengan ipis nie..banyak perubahan diri yang aku dapat rasai..tapi apa yang boleh aku lakukan kalau itu sudah ditakdirkan, sekarang aku hanya mampu berdoa..

Ahad, 25 Oktober 2009

Jelous???

Salam..


J.E.L.O.US
aka
C.E.M.B.U.RU
Jawapan aku simple dan mudah difahami..."Ada aku kesah ke??"

Jumaat, 3 April 2009

Entri ttg sebuah perasaan..

Salam...

Akhirnya...tamat sudah perjuanganku menyiapkan esemen yg menggangu seluruh wayar2 otakku, urat sarafku dan sewaktu dengannya.Kini hanya tinggal presentation sje yg menanti..fuhhh...setelah bersengkang mata dan adakalanya tidak tidur sehingga ke pagi dan trus sja ke kelas keesokkan arinya mmg amat meletihkan badanku dan otakku..

Tak terdaya rasanya nak memfokuskan diri sewaktu pensyarah start mengajar..dan apa yang diajarkan kdg2 bagaikan angin yang menyapa lalu saja..MATA yang semakin tertutup rapat, waktu makan yang hilang ntah ke mana, tidur yg tidak cukup dan badan yg lenguh2 sudah cukup membuatkan aku xingat sesiapa melainkan allah, parents dan rakan2 yg sentiasa ada disekelilingku yg banyak membantu..rakan2 yg sentiasa ada mendengar setiap keluh kesahku, gelak tawaku, dan berkongsi suka dan duka denganku..

Kadang2 ketika malam sudah menjelang, sewaktu aku mahu melelapkan mata tanpa disedari air mata aku gugur setitis demi setitis..namun hanya aku saja yg ada jawapannya..tidakkan ku kongsi sebab musababnya kepada sesiapa..bukan tidak mempercayai tetapi biarlah hati sendiri yang mengingati..

Sewaktu aku dan rakan baikku nabila bersengkang mata n berperang dengan perasaan dan emosi dalam menyiapkan tugasan yang diberi, dikejutkan pula dengan berita dari rakanku yang xdiduga..PUTUS CINTA!! arghhh...sudah ku duga itu pengakhirannya bagi sebuah episod cinta antara adam dan hawa..sudah ku duga setelah janji manis ditaburkan utk si hawa akhirnya itulah episod pengakhiran kisah kawanku..

Yang menkonfiuskan ati aku ney, dye still menangis xhenti2..aku pun xfaham kenapa dan mengapa si gadis ney kna nangis smpi cmtu sekali..bagi aku, putus cinta tak bermakna hidup kita sudah tiba ke pengakhirannya..aku pun pnh rs keadaan PUTUS CINTA tp xla smpi nk korbankan diri aku n airmata demi kaum adam ney..mmgla tak dinafikan rs sakit sgt bila org yg rapat n yg kita syg tiba2 dh xde dlm hidup kita tapi kita kena la terima hakikat tu..mmg agak payah nk melakukan perkara tersebut, nk melupakan org tersebut tapi kena la kuatkan semangat..

Disebabkan bnda2 cmtu, si gadis trus meninggalkan tnggjwbnya bersama2 kami akibat tekanan emosi dan trus tdo..aku hanya mampu memandang shj si gadis lena dgn nyenyaknya..dalam hati aku hanya mampu bersabar sje ngan kerenahnya..maka ini secara tak langsung tugasnya terpaksa dipikul oleh aku dan nabila..ya allah kau tabahkanlah hati hambamu ini...maka mlm itu terpaksa la aku berjaga hingga kedengaran azan subuh menyiapkan tugasan si gadis itu...

Aku betul2 xfhm skg ney...kenapa sampai jd cmtu...mmg aku admit aku geram n terasa hati bila dye wat perangai cmtu..hanya disebabkan kaum adam dye hilang pertimbangan..betapa kuatnya dan dalamnya perasaan kasih syang dan cinta si hawa kepada kaum adam..kadang2 bila difikirkan kembali aku jd semakin tkt nk jalinkan hubungan ngan mana2 lelaki..mcm2 yg aku pikirkan..aku dh mls nk rs dikecewakan..teramat malas..sehinggakan ada mmbr lelaki aku yg bertanya berulang2 kali tiap kali menelefonku sape bf aku skg..dan jwpn yg selalu aku berikan ialah "xde dan xnk pikir" sehinggakan mengesyaki aku berbohong dan berniat utk sorokkan bf ku..time tu terpacul la beberapa nama di bibir mereka yg dirasakan kaum adam yg rapat dgn ku..tp itu tak bermakna aku mengia kan saja jwpn mereka..abis jwpn apa yg aku harus berikan sedangkan aku dh mls nk pikir..

Sehinggakan satu hari aku dpt panggilan dr mmbr lelaki yg menjadi best friend ku sewaktu di sek men (hampir setahun lost contact) dulu yg mampu memahami aku sepenuhnya..walaupun aku dh berterus terang yang aku hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja tp dye la yg bnyk temankan aku n kongsi rahsia dgnku..betul kata pensyarah aku, kdg2 kawan yg kita jarang ingat itulah yg selalu akan ingtkan kita..sedangkan kwn yg rapat ngan kita pun mungkin akan melupakan kita trus..entahla..

Sekarang ney aku rs aku lbh bahagia dgn keadaan aku skrg..aku tak perlukan kekasih yg menyayangi aku (mungkin dye hanya berpura2 menyayangi kita), aku tak perlukan kekasih yg sentiasa kononnya mengambil berat ttg kekasih hatinya, aku tak perlukan kekasih yg mengucapkan dan menyatakan rs kasih n cintanya kepada kekasih hatinya padahal dye tak tau ape itu kasih dan cinta sebenarnya..aku tak perlukan sume tu.. apa yang aku perlukan ialah orang2 yg ada di sekelilingku yang akan menyayangi diriku seikhlasnya..sekarang dan yang paling penting ialah teman yang maha memahami iaitu ALLAH S.W.T..hanya DIA yg setia menemani aku sehingga ke akhirnya..