Salam..
Minggu ini minggu yang sangat memenatkan..macam-macam kerja kena buat..gotong royong asrama, cat asrama, update file blok, update file kolej kediaman, pemantauan BPG ke asrama, preparation untuk malam pesona mahabbah, karnival raudhah, meeting blok, meeting kolej kediaman..semuanya aku kena lalui dengan tabah walaupun aku dalam keadaan yang kurang sihat..
Waktu tidur memang tak cukup..pukul 3 pagi baru boleh tidur..Memang susah kerja-kerja nie semua tapi aku ingatkan dalam hati aku dah di beri amanah jadi aku perlu laksanakannya dengan sebaik mungkin..sudah aku malas nak merungut-rungut dalam blog ney, walaupun penat tapi aku terima sachee..Aku kira ini pengalaman yang harus aku tempuhi dalam menjalani proses menjadi bakal guru..
Jadi terima sachee la proses ini dengan niat kerana ALLAH dan moga-moga menjadi guru yang berdedikasi masa akan datang, jadi doakan yang aku mampu lakukannya =)
Salam Pembuka Bicara
Sabtu, 24 Oktober 2009
Penatnya!!!!
Demam lagi
Salam..
Hari ini pergi ke kelas seperti biasa, badan aku terasa sangat lemah dalam kelas aku terus tido..Puan Siti Romlah panggil nama aku dan tanyakan kepada kawan-kawan aku yang lain kenapa aku sebegitu lemah..Aku hanya mendengar kawan-kawan bagitahu yang aku demam, bukan aku sahaja yang tido tapi myra pun sama sakit tekak dan demam seperti aku..
Puan suruh aku ke klinik buat check up..terserlah sifat keibuannya, sungguh aku sungguh rasa terharu..aku dan myra ke klinik tapi m.c untuk hari itu.. puan kata kami berdua tak perlu buat presentation..markah sebenarnya sudah di key-in tapi sengaja yang lain buat presentation kerana p.p sudah di buat..dapat ubat yang pelbagai jenis untuk aku dan myra..aku makan ubat dan terus tido..jamuan kajian sosial aku tak hadiri, kaki tak terdaya nak melangkah..bangun petang tu, atas meja study aku lihat ada 2 kotak polistrin berisi makanan dengan sekeping nota..rupanya nabila yang hantar dan suruh aku makan kerana aku masih belum makan apa-apa pun lagi..
Terima kasih kepada kawan-kawany yang mengambil berat..
Demam+Sakit Tekak
Salam..
Hari nie memang rasa tak larat, perhimpunan aku hanya duduk sachee..Tekak mula teras perit nak bercakap pun aku tak larat..Sampai kelas aku dapat tahu ada pelajar junior meninggal dunia..dalam hati aku sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga adik Humaira dicucuri rahmat..
Dalam kelas Abang Long bagitahu yang Anis masuk wad..mungkin akan dibedah, terkedu aku dengar berita itu..sempat berdoa untuk anis agar selamat sambil-sambil itu sempat aku hantar satu sms ringkas tanya khabar, doa dan semangat kepadanya..
Aku?? Tiba-tiba badan rasa macam tak sihat..Tidur sachee dalam kelas dan nasib aku baik kerana pensyarah ramai yang tak masuk..Dalam hati aku rasa lega..dapatlah aku berehat sekejap..Tiba-tiba nabila bagitahu aku yang kami kena ke bilik gerakan warden, kemaskini fail kolej kediaman sempena pemantauan dari BPG.. aku gagahkan diri juga pergi..
Selesai, ke cafe beli nasi+sup sayur..lauk lain tak mampu menambat selera aku dengan tekak yang sakit nie..makan nasi dan ubat terus tidur..
Balik Rumah
Salam..
Hari ini aku balik ke rumah..Niat di hati hanya ingin berehat-rehat sachee menonton tv di rumah sambil makan masakan emak..lama rasanya perut dan tekak nie tak menerima masakan emak..Hurm enak dan lega rasanya dapat merasa air tangan emak..terima kasih emak sebab masak..hehe
Tekak rasa macam sakit dan merah-merah tapi aku biarkan sachee..konon-konon biar baik sendiri..Nak dekat nak balik maktab, aku bagitahu emak yang tekak aku sakit..mak terus bagi ubat sakit tekak, lega sikit rasanya..Hari ahad dah balik semula ke maktab, dalam hati sangat bersyukur walaupun cuti hanya 2 hari tapi lega dapat lihat emak dan abah..rindu dekat Rifdi tapi tak sempat nak pergi jumpa..
Berjimba-jimba bersama rakan-rakan
Salam...
Pelik tak istilah "berjimba-jimba" nie?? Ada sesiapa antara kamu-kamu nie yang pernah dengar?? Sebenarnya istilah nie aku pinjam dari kawan aku jugak iaitu Atina..Dia yang mengeluarkan istilah baru ini untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan sekelas aku, tapi belum didaftarkan di Dewan Bahasa Dan Pustakan saja lagi.. keh3
Sabtu dan Ahad merupakan cuti yang paling ditunggu budak-budak kelas aku untuk berjimba-jimba kemana-mana sahaja destinasi di Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya..Berjimba-jimbba nie maksudnya hang out dengan kawan-kawan menghabiskan duit dalam
purse dan bank-bank yang ada menyimpan wang elaun bulanan kami.. hehe
Seperti biasa setiap hari jumaat akan adala berduyun-duyun announcement kat kelas aku bagitahu program yang akan dijalankan pada cuti tersebut..Aku juga tak ketinggalan..Myra, Wani, Along, Zatyy, Nisak dan Tikah menjadi follower aku..Nisak dan Tikah tak main hanya mahu bershopping..Cadangan tempat ke Cosmo World Theme Park..Beli tiket sachee RM 185 tak termasuk tiket zaty..
First game main Roller Coaster..bukan sekali tapi twice at once time..then 2nd game main DNA Mixer..turun sachee myra dah muntah dan tak larat nak main lagi..aku pula 3rd game dah start rase nak muntah..yang lain?? still maintain..
Aku ngan yang lain still try another game..rugi weyh duit kalau tak try..tapi cam besa, habis jea main terus berlari ke ladies dan muntah..hehe..then aku dah tak larat nak main coz hampir semua permainan aku cuba..last-last aku give up dan temankan myra kat bawah..yang lain masih excited mencuba game kat situ berulang-ulang kali..Tak sangka, zatty turut mengikut jejak langkah aku dan myra..yang still lagi bertahan..hebat!!!!
4 jam dalam tu dah buatkan aku rasa macam nak terbang sachee balik ke asrama..kepala mula terbayang katil empuk kat bilik..keluar sachee terys window shopping..barang satu apa pun tak beli sebabnya kepala dah berpusing-pusing..Abis sachee jalan-jalan terus balik asrama, sampai sachee terus mandi dan tido tak sedarkan diri..Alhamdulillah esok paginya aku bersyukur kerana masih bernafas..hehe..
Itu sachee cerita dari aku berjimba-jimba dengan kawan-kawan yang memang A.M.A.Z.I.NG
Selasa, 13 Oktober 2009
Ketiadaan Masa + Tiada Mood
Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya tak menjenguk ke sini...Hanya sempat menjengahkan diri di blog orang lain sahaja..2-3 bulan kebelakangan ini agak sibuk menyiapkan diri fizikal dan mental menghadapi assignment yang menimbun di atas meja..kini baru reda dan keadaan kembali kepada normal..wink
Kadang-kadang agak cemburu melihat teman-teman yang turut berblogging sempat menyibukkan diri mengupdatekan blog mereka masing-masing..Macam-macam cerita dikongsi bersama tak kira suka atau duka..hanya aku saja yang mampu memandang tanpa berkata apa-apa..Aku pula??...hurm banyak cerita ingin dikongsi bersama, luahan hati tak kira rasa mahupun suka ataupun duka tapi apakan daya masa tiada dan nafsu aku untuk berblogging juga turut lenyap entah kemana..
Setakat ini sahaja cerita aku nanti baru aku update cerita2 aku yang terdahulu yang tak sempat aku nak ceritakan kat sini.. terima kasih atas perhatian semua..=)
Jumaat, 4 September 2009
Hari-Hariku
Assalamualaikum...
Hari dah masuk 14 hari kita berpuasa dan hari ni juga dah 5 hari aku berpuasa kat ipis..agak lain rasanya berbanding berbuka puasa kat umah..wink2..yela kat umah kita bley berbuka ngan family but kat cni hanya ad kawan-kawan jea..tai xpela inilah yg dinamakan pengorbanan betul tak?
Sepanjang minggu ney bley dikatakan ramai lect yang xmasuk kelas..maknanya apa kengkawan sume??hehehehe...jeng..jeng...
Maknanya banyak la masa kitaowg dihabiskan dengan bergelak-ketawa,mendengar lagu raya yang dipasang oleh Hafiy,membuang masa dengan berseembang dan mcam-macam lagi...isk3..
Takla actually itu aktiviti kami sambil wat keja..i mean sambil siapkan assignment kami sume borak-borak sambil dengar lagu raya..best gile..haha..aku dah mula rasa macam nak raya, padahal pose pun tak abis lagi..ney sume dak Hafiy punya keja..=)
Walaupun ramai lect yang xmasuk kelas tapi i doesn't mean aku n kengkawan bley bergoyang kaki..jawapan aku "xde maknanya"..sebabnya sblm balik cuti aritu sume lect dah meninggalkan assignment dengan penuh rasa kasih sayang kat kitaowg..hehehe..alamak abisla honeymoon aku time2 bulan pose ney...adoiiiii
So sepanjang minggu ney, dalam kelas sume orang duduk tempat masing-masing tanpa ada yang berjalan-jalan atau menumpang di tempat kawan-kawan yang lain utk di ajak membuat perkara "lagha"..kehkeh...serius aku cakap this week we all so-so busy...tolong!!!!!!!!!!
memang we all sume tekun menghadap lappy masing-masing berjam-jam lamanya utk siapkan we all punya assignment..fuhhhhh!!!!!!!!!!! penat weyh..ney sume gara-gara nak siapkan n submit sume assignment before we all sume berangkat pulang ke rumah merayakan aidifitri bersama yang tersayang...haha..(saje je gunakan ayat ne..wink)
Yela, sape yang rajin nak mengangkut sume assignment ney balik umah..lagi-lagi nak raya ney..mesti sume xnak kan?kan?kan? jawap cepat...betul kan aku cakap??
Berani aku makan eskrim magnolia mesti xkan ada insan yang bergelar pelajar especially we all ney sume nak menyentuh assignment time-time raya ney..abs rajin pun tengok kulit buku jea..hehe
Bak kata pepatah aku "kita perlukan abiskan masa-masa kita di rumah sebaik mungkin dan perlulah ianya berkualiti"..haha (bley pakai ke falsafah aku tu??? arghhh lantakla...ske ati aku la kan?? hahaha
So this week we all mesti complete kan we all punya assignment..Tinggal lagi beberapa assignment je algi kengkawan...kita mesti berusaha dengan lebih gigih agar kita dapat beraya bersungguh-sungguh...yahhoooooo!!!!!!!!!!!!!
So kepada sesape yang tegur-menegur we all sume kalau we all layan tak layan tu minta maafla yea..we all skg tgh struggle gile2 ney nak abskan assignment..so kepada kengkawanku semua aku nak wish "let's give our very-very best to finish our assignment"
p/s : sabar iye kengkawan sume, tinggal sikit jea lagi kerja kita pas ney tidur malam-malam kita tidak akan di ganggu lagi..(dah macam iklan ubat nayamuk la..wink..)



