Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sudah Pandai Ketawa

Salam..

Tengahari tadi emak telefon tanya khabar dan kesihatan aku..sungguh aku memang rindu nak dengar suara emak..cadangnya aku nak telefon emak selepas mahgrib nanti sebab dah dua hari aku tak dengar cerita emak dan abah..last-last emak yang telefon aku dulu..Lega hati bila dapat tahu emak dan abah sihat

Selepas mahgrib telefon aku menjerit-jerit minta di angkat, terpapar nama emak di telefon sony ericsson aku..aku angkat dan terdengar suara ceria emak di telefon..dalam hati mungkin ada cerita menarik emak nak kongsi dengan aku..

ya, memang tepat tekaan aku, sebenarnya selepas emak telefon tengahari tadi, aku memang ada cakap yang aku rindukan rifdi anak sedara lelaki sulung dalam keluarga aku, emak bagitahu yang rifdi datang bersama ibunya ke rumah aku..sudah pandai ketawa kata emak..bila dengar cerita emak, aku memang tak sabar nak jumpa denga si tembam tu..beratnya sekarang emak cerita dah mencapai 7 kg lebih walaupu baru berusia 3 bulan lebih..hehe
Kakak ipar aku ada hantar sms suruh aku on9 FB ..dalam FB kakak ipar aku, sempatlah aku tengok video rifdi tengah ketawa..sungguh memang sudah pandai bermain dan ketawa..tak sabar rasanya aku nak balik cuti sem nak bermain dengan si kecil itu..

Penatnya!!!!

Salam..

Minggu ini minggu yang sangat memenatkan..macam-macam kerja kena buat..gotong royong asrama, cat asrama, update file blok, update file kolej kediaman, pemantauan BPG ke asrama, preparation untuk malam pesona mahabbah, karnival raudhah, meeting blok, meeting kolej kediaman..semuanya aku kena lalui dengan tabah walaupun aku dalam keadaan yang kurang sihat..

Waktu tidur memang tak cukup..pukul 3 pagi baru boleh tidur..Memang susah kerja-kerja nie semua tapi aku ingatkan dalam hati aku dah di beri amanah jadi aku perlu laksanakannya dengan sebaik mungkin..sudah aku malas nak merungut-rungut dalam blog ney, walaupun penat tapi aku terima sachee..Aku kira ini pengalaman yang harus aku tempuhi dalam menjalani proses menjadi bakal guru..

Jadi terima sachee la proses ini dengan niat kerana ALLAH dan moga-moga menjadi guru yang berdedikasi masa akan datang, jadi doakan yang aku mampu lakukannya =)

Demam lagi

Salam..

Hari ini pergi ke kelas seperti biasa, badan aku terasa sangat lemah dalam kelas aku terus tido..Puan Siti Romlah panggil nama aku dan tanyakan kepada kawan-kawan aku yang lain kenapa aku sebegitu lemah..Aku hanya mendengar kawan-kawan bagitahu yang aku demam, bukan aku sahaja yang tido tapi myra pun sama sakit tekak dan demam seperti aku..

Puan suruh aku ke klinik buat check up..terserlah sifat keibuannya, sungguh aku sungguh rasa terharu..aku dan myra ke klinik tapi m.c untuk hari itu.. puan kata kami berdua tak perlu buat presentation..markah sebenarnya sudah di key-in tapi sengaja yang lain buat presentation kerana p.p sudah di buat..dapat ubat yang pelbagai jenis untuk aku dan myra..aku makan ubat dan terus tido..jamuan kajian sosial aku tak hadiri, kaki tak terdaya nak melangkah..bangun petang tu, atas meja study aku lihat ada 2 kotak polistrin berisi makanan dengan sekeping nota..rupanya nabila yang hantar dan suruh aku makan kerana aku masih belum makan apa-apa pun lagi..

Terima kasih kepada kawan-kawany yang mengambil berat..

Demam+Sakit Tekak

Salam..

Hari nie memang rasa tak larat, perhimpunan aku hanya duduk sachee..Tekak mula teras perit nak bercakap pun aku tak larat..Sampai kelas aku dapat tahu ada pelajar junior meninggal dunia..dalam hati aku sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga adik Humaira dicucuri rahmat..

Dalam kelas Abang Long bagitahu yang Anis masuk wad..mungkin akan dibedah, terkedu aku dengar berita itu..sempat berdoa untuk anis agar selamat sambil-sambil itu sempat aku hantar satu sms ringkas tanya khabar, doa dan semangat kepadanya..

Aku?? Tiba-tiba badan rasa macam tak sihat..Tidur sachee dalam kelas dan nasib aku baik kerana pensyarah ramai yang tak masuk..Dalam hati aku rasa lega..dapatlah aku berehat sekejap..Tiba-tiba nabila bagitahu aku yang kami kena ke bilik gerakan warden, kemaskini fail kolej kediaman sempena pemantauan dari BPG.. aku gagahkan diri juga pergi..

Selesai, ke cafe beli nasi+sup sayur..lauk lain tak mampu menambat selera aku dengan tekak yang sakit nie..makan nasi dan ubat terus tidur..

Balik Rumah

Salam..

Hari ini aku balik ke rumah..Niat di hati hanya ingin berehat-rehat sachee menonton tv di rumah sambil makan masakan emak..lama rasanya perut dan tekak nie tak menerima masakan emak..Hurm enak dan lega rasanya dapat merasa air tangan emak..terima kasih emak sebab masak..hehe

Tekak rasa macam sakit dan merah-merah tapi aku biarkan sachee..konon-konon biar baik sendiri..Nak dekat nak balik maktab, aku bagitahu emak yang tekak aku sakit..mak terus bagi ubat sakit tekak, lega sikit rasanya..Hari ahad dah balik semula ke maktab, dalam hati sangat bersyukur walaupun cuti hanya 2 hari tapi lega dapat lihat emak dan abah..rindu dekat Rifdi tapi tak sempat nak pergi jumpa..

Berjimba-jimba bersama rakan-rakan

Salam...



Pelik tak istilah "berjimba-jimba" nie?? Ada sesiapa antara kamu-kamu nie yang pernah dengar?? Sebenarnya istilah nie aku pinjam dari kawan aku jugak iaitu Atina..Dia yang mengeluarkan istilah baru ini untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan sekelas aku, tapi belum didaftarkan di Dewan Bahasa Dan Pustakan saja lagi.. keh3



Sabtu dan Ahad merupakan cuti yang paling ditunggu budak-budak kelas aku untuk berjimba-jimba kemana-mana sahaja destinasi di Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya..Berjimba-jimbba nie maksudnya hang out dengan kawan-kawan menghabiskan duit dalam
purse dan bank-bank yang ada menyimpan wang elaun bulanan kami.. hehe



Seperti biasa setiap hari jumaat akan adala berduyun-duyun announcement kat kelas aku bagitahu program yang akan dijalankan pada cuti tersebut..Aku juga tak ketinggalan..Myra, Wani, Along, Zatyy, Nisak dan Tikah menjadi follower aku..Nisak dan Tikah tak main hanya mahu bershopping..Cadangan tempat ke Cosmo World Theme Park..Beli tiket sachee RM 185 tak termasuk tiket zaty..

First game main Roller Coaster..bukan sekali tapi twice at once time..then 2nd game main DNA Mixer..turun sachee myra dah muntah dan tak larat nak main lagi..aku pula 3rd game dah start rase nak muntah..yang lain?? still maintain..

Aku ngan yang lain still try another game..rugi weyh duit kalau tak try..tapi cam besa, habis jea main terus berlari ke ladies dan muntah..hehe..then aku dah tak larat nak main coz hampir semua permainan aku cuba..last-last aku give up dan temankan myra kat bawah..yang lain masih excited mencuba game kat situ berulang-ulang kali..Tak sangka, zatty turut mengikut jejak langkah aku dan myra..yang still lagi bertahan..hebat!!!!

4 jam dalam tu dah buatkan aku rasa macam nak terbang sachee balik ke asrama..kepala mula terbayang katil empuk kat bilik..keluar sachee terys window shopping..barang satu apa pun tak beli sebabnya kepala dah berpusing-pusing..Abis sachee jalan-jalan terus balik asrama, sampai sachee terus mandi dan tido tak sedarkan diri..Alhamdulillah esok paginya aku bersyukur kerana masih bernafas..hehe..

Itu sachee cerita dari aku berjimba-jimba dengan kawan-kawan yang memang A.M.A.Z.I.NG

S.E.E Y.O.U

Selasa, 13 Oktober 2009

Ketiadaan Masa + Tiada Mood

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya tak menjenguk ke sini...Hanya sempat menjengahkan diri di blog orang lain sahaja..2-3 bulan kebelakangan ini agak sibuk menyiapkan diri fizikal dan mental menghadapi assignment yang menimbun di atas meja..kini baru reda dan keadaan kembali kepada normal..wink

Kadang-kadang agak cemburu melihat teman-teman yang turut berblogging sempat menyibukkan diri mengupdatekan blog mereka masing-masing..Macam-macam cerita dikongsi bersama tak kira suka atau duka..hanya aku saja yang mampu memandang tanpa berkata apa-apa..Aku pula??...hurm banyak cerita ingin dikongsi bersama, luahan hati tak kira rasa mahupun suka ataupun duka tapi apakan daya masa tiada dan nafsu aku untuk berblogging juga turut lenyap entah kemana..

Setakat ini sahaja cerita aku nanti baru aku update cerita2 aku yang terdahulu yang tak sempat aku nak ceritakan kat sini.. terima kasih atas perhatian semua..=)