Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 4 September 2009

Hari-Hariku

Assalamualaikum...

Hari dah masuk 14 hari kita berpuasa dan hari ni juga dah 5 hari aku berpuasa kat ipis..agak lain rasanya berbanding berbuka puasa kat umah..wink2..yela kat umah kita bley berbuka ngan family but kat cni hanya ad kawan-kawan jea..tai xpela inilah yg dinamakan pengorbanan betul tak?

Sepanjang minggu ney bley dikatakan ramai lect yang xmasuk kelas..maknanya apa kengkawan sume??hehehehe...jeng..jeng...

Maknanya banyak la masa kitaowg dihabiskan dengan bergelak-ketawa,mendengar lagu raya yang dipasang oleh Hafiy,membuang masa dengan berseembang dan mcam-macam lagi...isk3..
Takla actually itu aktiviti kami sambil wat keja..i mean sambil siapkan assignment kami sume borak-borak sambil dengar lagu raya..best gile..haha..aku dah mula rasa macam nak raya, padahal pose pun tak abis lagi..ney sume dak Hafiy punya keja..=)

Walaupun ramai lect yang xmasuk kelas tapi i doesn't mean aku n kengkawan bley bergoyang kaki..jawapan aku "xde maknanya"..sebabnya sblm balik cuti aritu sume lect dah meninggalkan assignment dengan penuh rasa kasih sayang kat kitaowg..hehehe..alamak abisla honeymoon aku time2 bulan pose ney...adoiiiii

So sepanjang minggu ney, dalam kelas sume orang duduk tempat masing-masing tanpa ada yang berjalan-jalan atau menumpang di tempat kawan-kawan yang lain utk di ajak membuat perkara "lagha"..kehkeh...serius aku cakap this week we all so-so busy...tolong!!!!!!!!!!
memang we all sume tekun menghadap lappy masing-masing berjam-jam lamanya utk siapkan we all punya assignment..fuhhhhh!!!!!!!!!!! penat weyh..ney sume gara-gara nak siapkan n submit sume assignment before we all sume berangkat pulang ke rumah merayakan aidifitri bersama yang tersayang...haha..(saje je gunakan ayat ne..wink)

Yela, sape yang rajin nak mengangkut sume assignment ney balik umah..lagi-lagi nak raya ney..mesti sume xnak kan?kan?kan? jawap cepat...betul kan aku cakap??
Berani aku makan eskrim magnolia mesti xkan ada insan yang bergelar pelajar especially we all ney sume nak menyentuh assignment time-time raya ney..abs rajin pun tengok kulit buku jea..hehe
Bak kata pepatah aku "kita perlukan abiskan masa-masa kita di rumah sebaik mungkin dan perlulah ianya berkualiti"..haha (bley pakai ke falsafah aku tu??? arghhh lantakla...ske ati aku la kan?? hahaha

So this week we all mesti complete kan we all punya assignment..Tinggal lagi beberapa assignment je algi kengkawan...kita mesti berusaha dengan lebih gigih agar kita dapat beraya bersungguh-sungguh...yahhoooooo!!!!!!!!!!!!!

So kepada sesape yang tegur-menegur we all sume kalau we all layan tak layan tu minta maafla yea..we all skg tgh struggle gile2 ney nak abskan assignment..so kepada kengkawanku semua aku nak wish "let's give our very-very best to finish our assignment"

p/s : sabar iye kengkawan sume, tinggal sikit jea lagi kerja kita pas ney tidur malam-malam kita tidak akan di ganggu lagi..(dah macam iklan ubat nayamuk la..wink..)

See You, When I See You



Isnin, 31 Ogos 2009

Geram!!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang aku sudah selamat sampai di ipis..bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 9.45 dan sampai di ipis tepat jam 1.30 petang..nasib baik la arini highways tak jammed teruk, semuanya going smoothly..selalu kalau nak balik taiping mesti highways jammed teruk, kalau nak balik semula ke ipis highways lenggang jea xda keta..huhu..

Kita lupakan sekejap pasal jammed tu..sekarang aku nak cerita kenapa aku sangat geram arini sesudah aku sampai di bilik hostel aku..aku bukak saje pintu bilik, memang aku agak panas bila tengok keadaan bilik aku yang sangat la bersepah macam kena langgar ngan burung garuda..dengan kesabaran yang tinggal di paras nyawa-nyawa ikan, aku terus masuk bilik dan letak barang atas katil...Masyaallah selama aku kosongkan bilik aku selama 3 semester ney, ney la kali pertama aku rasa penghuni yang tinggal dalam bilik aku dan farah sepanjang aku kami bercuti 10 hari ney betul-betul boleh dikategorikan memang tak layak jadi "CIKGU"..sorry to say la memang rosak murid kalau dapat cikgu macam Si "X" ney..kowang taw tak dye tinggalkan bilik kami dengan coklat yang dah agak cair, botol-botol kosong berterabur atas meja study, berbelas-belas getah yang warna oren tu berterabur atas meja study aku (ntah dye kutip kat mana pun aku tak taw la??), segumpal rambut gugur bawah desk, satu paket kecil cereal, rambut gugur penuh atas lantai, karpet bilik kitaowg dye campak kat luar dan yang PALING MEMBUATKAN AKU RASA MACAM NAK CAMPAK JEA DYE TURUN DARI TINGKAT 3 NEY BILA JUMPA DYE DEPAN MATA AKU OR DATANG IPIS NEY (Kalau aku jumpa dye ney la) ialah :

1. Si "X" yang tak berapa pandai nak jadi cikgu ney telah koyakkan aku punya wallpaper kat dinding bilik aku..(ntah ape yang dye jeles pun aku xtaw la, maybe kat umah dye xde kot wallpaper dalam bilik dye?)

2. Pamphlet aku yang aku susun elok2 dalam sampul oren yang aku lekat kat dinding, Si "X" ney xsusun elok2..main sumbat jea masuk dalam sampul tu...(aku tawla dye nak membaca maklumat kat pamphlet tu, tp why not ko susun elok2 dalam sampul 2..aku xkisah kalau dye nak baca tapi consider la skit penat lelah aku susun..isk3 kesian sampai tak tahu nak simpan balik hak orang..agak2 aku la mesti bilik dye ney bersepah..huhu)

3. Dye amik a.k.a "tercuri" or "terambil" extension aku dan wat macam harta dye..(kalau akak dah xde or tak mampu nak beli extension tu cakapla kat saya, saya bley tlg belikan..xyah la sampai nak amik hak orang lain)

Apa yang menjadi kesimpulan dalam fikiran aku ialah Si "X" ney memang tak layak untuk jadi seorang guru..sebab apa?? sebabnya dye tak mampu nak tunjukkan contoh yang terbaik kat anak murid dye..bayangkanlah amik jurusan J-Qaf a.k.a agama islam tapi dye sendiri tak mendalami apa itu islam sebenarnya.. sedangkan dalam islam terang2 ada mengatakan yang mana yang diperintah yang mana yang dilarang..yang mana dosa dan yang mana pahala..takkan la dah besar panjang pun masih tak dapat bezakan..aku sangat risau dengan perangai and attitudes dye sebagai seorang guru tu akan merosakkan anak murid dye sendiri..

To : Si "X" Saya kenal nama akak cuma saya rasa tak perlulah saya aibkan nama akak..sebab saya taw xbaik utk saya aibkan nama orang..saya harap sangat semoga akak akan berubah..bukan tujuan saya nak mengajar akak tapi sedarlah akak, akak ney cikgu dan mendidik anak orang, cubalah akak bayangkan kalau saya mengajar anak akak mencuri barang kepunyaan akak??cmmna?? bley akak bayangkan?? camtu jugala apa yang saya rasa..yang pasal extension tu xpela, saya halalkan jela akak guna extension saya tu..lagipun ney bulan puasa tak elok saya nak ungkit barang cmtu..cuma satu jela harapan saya semoga akak cepat berubah..jadilah seorang guru yang dapat tunjukkan contoh yang baik..saya xla kata saya ney totally baik tapi at least sy cuba berubah untuk menjadi yang baik..dan saya harap akak pun cmtu jgk..saya minta maap kalau ada yang terasa dgn penulisan saya yang agak kasar tu..

Ya allah ampunkan hambamu ini!!!!

Selasa, 25 Ogos 2009

Puasa

Assalamualaikum..

Hello!!!!!!! hurm dah lama aku tak update blog ne..sungguh lama aku tak menyinggah menghabiskan masa aku untuk update story dalam hidup aku.Kenapa???

Sebenarnya aku sudah tidak bernafsu untuk berblogging lagi.. aku kira mungkin nafsu aku semakin turun sedikit demi sedikit disebabkan bebanan kerja yang semakin bertambah dari sehari ke sehari..fuhhhhh penat aku rasa sejak kebelakangan ne..Dan kini ianya masih belum berakhir walaupun sudah masuk ke bulan ramadhan..malahan semakin banyak kerja yang terpaksa aku bawa balik ke rumah..aku sekarang ada kat rumah.. bermulanya assignment dan berakhirnya sudah Bengkel Debat di UITM Puncak Perdana dan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 di USIM memang tidak pernah membuatkan aku penat untuk berfikir cara bagaimana lagi membolehkan aku bijak untuk membahagikan masa antara belajar dan berdebat..Selesai sahaja pertandingan debat kemerdekaan di Angkasapuri yang menyaksikan kemenangan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS yang berjaya menewaskan MULTIMEDIA UNIVERSITI aku sudah dilanda demam..di dalam hati mula berkira-kira takut dijangkiti H1N1.. oh tidakkkk!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah...keesokan paginya 19hb ogos 2009- selasa aku gagahkan diri untuk ke klinik..kali ini bukan ke klinik kerajaan tetapi ke terus ke klinik swasta di bandar bangi kerana aku sudah tidak mampu menahan demam+batuk+sakit tekak+sakit kepala+selesema..tuhan saja yang tahu betapa beratnya sakit aku ketika itu..2 hari aku tidak lalu makan, hanya makan biskut dan air masak untuk mengalas perutku untuk makan ubat..seperti biasa doktor yang biasa merawat aku mengatakan aku sangat letih, kurang air dalam badan dan kurang rehat..dan seperti biasa ubat antibiotik peneman ubat-ubat yang lain..

Hari ini sudah 4 hari aku pulang ke rumah menghabiskan cuti semingguku..satu assignment pun masih belum aku mulakan..alhamdulillah sehingga kini semua sakitku beransur pulih..cuma yang tinggal hanya batuk-batuk sahaja..Pertama kali berbuka puasa tanpa air yang dibubuh ais batu..bayangkan betapa seksanya aku..hahaha..tapi bila difikirkan kembali, itu yang terbaik dari aku terus merana demam..Aku fikir malam ini selepas terawih, aku mahu mulakan assignment yang aku bawa pulang..sudah bertambah banyak aku kira walaupun aku tahu assignment-assignment itu tidak beranak-pinak..hehe

Oklah, sampai disini sahaja coretanku, doakan aku semoga kembali sihat bila pulang ke ipis nanti..bila di rumah teringat pula dengan rakan-rakan..Apa yang mereka sedang buat yea?? Barangkali berlumba-lumba membuat solat terawih 21 rakaat aku rasa...

Selasa, 28 Julai 2009

Shhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

PERHATIAN!!!!!!
KEPADA SEMUA READERS DAN KENGKAWAN YANG MENGIKUTI BLOG SAYA INI SAYA MEMOHON MAAF KERANA INGIN DIMAKLUMKAN BAHAWASANYA SAYA MASIH BELUM MEMPUNYAI MASA UNTUK MENGUPDATE BLOG INI..
INI ADALAH KERANA SAYA TERIKAT DENGAN ASSIGNMENT YANG SUDAH BERTIMBUN DI ATAS MEJA SAYA INI YANG DIBERI OLEH LECTURER SAYA YANG SUDAH MENINGKAT JUMLAHNYA DARI SEHARI KE SEHARI..
HARAP MAKLUM..=)

Selasa, 7 Julai 2009

Photoshot Session

Salam....



Wehooooo....entry ney pttnya ako post aritu tapi dsbbkan aku bnyk keja so aku juz draf je dulu netry ney, entry ney psl klass aku a.k.a PPISMP 3.05 PENGAJIAN SAINS SOSIAL ada sesi photografi ngan majalah An Nur..so pepagi lagi ktaowg dah dress up cecantik..cantik ke??he3








Ney la serba sedikit gmbr2 yg sempat aku upload...



All the girlz..


p/s: sorry to all the boys..syud xsmpt nak upload gmbr2 korg sume..hehehe..gmbr kita ramai2 n gmbr candid kita yg lain pun syud xamik lg kat najib...Soalan kepada Najib : Najib bila awk nak transfer gambar dalam pendrive syud?? itu aje soalannya...=p

Bertamu di kalbu??

Salam...

Weehooo....semalam aku dapat msg dari sowg member yang suggestkan aku download lagu ney..best ker??hehe

Actually aku pun tak paham sebab musabab kenapa dye beria2 sgt suh aku dgr lagu...but after ak download lagu ney kat imesh so i think ok la not bad la...sedih skit..hehe

So ney lirik yg dye send kat aku...nt bla korg sume free cubala korg dgr best ke x lagu ney k...=)

Kugenggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun berpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun dihati
Bertamu di kalbu

Ahad, 5 Julai 2009

Aku Arini

Salam...

Weehoooo....arini mcm besa tak bnyak benda yang aku wat dalam bilik juz menghadap lappy, tido n cari bahan utk pengajian sosial (homework aku dah wat malam jumaat aritu)..

So agak relax arini..Tengahari td along kol bgtaw dye ad kat Alamanda Putrajaya..sje jln2 ngan family dye...aku pun suh dye jenguk2 kat sna kot ada sale gile2..bley la aku gi beli present utk izzati n baby khalis nt...Last2 along kata xde sale bln 8 nt br ada sale..(tingat aku bln 8 thn lps gi Alamanda rmi2 ngan semua dak2 IPG utk koir kemerdekaan..hehe)

Memandangkan aku pun xmkn apa2 tghari tadi, aku pun pesan kat along suh dye belikan Donuts kat Big Apple..So sementara tunggu dye balik dari Alamanda yg hanya 10minit dari IPIS ney aku pun wat keja skit...

sempat snap logo big apple b4 makan..hikhik



Ney buku Geogarafi Alam Sekitar Manusia yg aku akan belajar utk sem ney..(sem lepas belajar Alam Sekitar Fizikal)...seharian arini aku jelajah buku ney n kumpulkan bahan2 utk photostat besok..



Ney plak buku Makroekonomi...adik kembar dye nama Mikroekonomi...(buku mikro bahan2 dye aku dah photostat)..So pas abis jea jelajah buku Alam Sekitar Fizikal aku jelajah plak buku Makro nie..
penat weyhh nak cari satu2 bahan2 dalam tu...


Pas pnt cari bahan, its time to me for having my lunch...hehe
aku order sume ALIENS Donuts..
Aku rasa mcm tak abis jea nak makan sume, malam ney aku ada potluck dinner ngan nurin,along n bella so bley la aku tukar2 mknan ngan dowg..(dowg bw bekal dari rumah, so mlm ney mkn rmi2)

Thankz Big Apple for the Delicious Donuts..
" Every Piece Is A Masterpiece "

p/s: tadi bella bgtaw yg malam ney ad meeting tergempar ngan exco kolej kediaman...alamak baju nak pki gi kuliah sok xiron lagi...
=(