Salam Pembuka Bicara


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 19 November 2009

Mereka Penghibur

Salam...

Inilah penghibur yang sentiasa memeriahkan bilik E326..tanpa ada mereka-mereka ini sunyilah jawabnya bilik aku tu..Macam-macam kerenah diaorang nie yang mampu buat aku kadang-kadang tergelak, menangis bila part diaorang buka lagu tema kami iaitu "patri" haha, tersenyum dan bersedih bila kami share a bestiest moment together..


Hot Girls From PJ Class..=)


Kalau dalam entri sebelum nie aku kenalkan farah kali ni diorang plak..hehe
10 perkara wajib tahu mengenai Kak Niza :
1. Seorang yang romantik..
2. Sudah berpunya kekasih hati..hehe
3. Suka dengar lagu..especially lagu Nur Kasih dari In Team..hahahahaha
4. Hafal banyak lirik lagu contohnya lagu patri..haha
5. Suka makan roti gardenia bersama Thousand Island
6. Juga suka menyanyi
7. Seorang kakak yang penyayang
8. Sangat sempoii..
9. Suka ketawa (cuba tengok gambar-gambar die =)
10. Suka lagu ziana zain
10 Perkara wajib tahu mengenai Ira :
1. Juga sudah berpunya kekasih hati..hehe
2. Juga suka menyanyi..
3. Juga suka mendengar lagu
4. boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya ber 'on9'
5. Cepat menangis
6. Romantik juga..hihi
7. Peminat Fiq Mentor
8. Caring orangnya
9. Berkawan baik dengan rakan sekelasnya iaitu farah dan kak niza
10. Telah menyertai pertandingan pidato buat pertama kalinya..hehe

Seseorang Yang Bernama Farah

Salam..

Ketika entri ini di buat farah nun jauh berada di Senawang, Negeri Sembilan..mungkin sedang menghabiskan masa dengan facebook, imesh, myspace, ym dan mungkin juga sedang ber'sms' dan menjawab panggilan si buah hati..hehe..

Ya ingin aku memperkenalkan room mate aku selama 1 tahun setengah..Insan yang banyak menghabiskan masa dengan aku lebih kurang 12 jam di bilik..Insan yang banyak berkongsi asam garam bergelar pelajar di maktab perguruan demi mengejar cita-cita menggelar pendidik. Ya inilah dia Nur Farahiyah, pelajar jurusan PJK di maktab aku..

Pertama kali menapak di Blok E untuk urusan pendaftaran bilik asrama, hati berdebar-debar nak tahu siapa bakal menjadi penghuni bilik E326..Bila selesai mendaftarkan diri, ternampak senarai nama bakal room mate aku..Orang Negeri Sembilan dan namanya farah..itu sachee sempat aku tengok..hehe (curi-curi tengok sebenarnya..hehehe)

Mula melangkah masuk ke bilik E326, masih belum ternampak bayangan rupa si farah nie..hehe
masuk sachee bilik terus cop katil..haha..Tak lama kemudian terdengar orang memberi salam..ya sudah sampai ini budak farah..hahaha..Tak banyak cakap, pendiam orangnya itu persepsi utama yang datang dalam fikiran aku..Aku plak bagaimana?? Aku pun diamkan diri juga, maklumlah masih menjaga sopan santun dan lemah gemalai ala-ala gadis melayu..hahaaha


Tetapi .....


**********************************************************************************


Itu hanya sementara sachee..semakin hari semakin rapat, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta..(ehem bukan jatuh cinta yea..haha) Dah lama kenal, maka kami bersahabat..semuanya dikongsi bersama-sama makanan, minuman, barang-barang, dan macam-macam lagi..saling memahami antara satu sama lain especially bila bab-bab memberi komen dan pendapat mengenai perasaan bersama pasangan masing-masing..lagak seorang doktor cinta..haha

Namun setiap perjumpaan ada perpisahannya..mulai tahun depan kami mungkin tidak lagi menjadi rumate..farah akan bertukar maktab yang mungkin lebih dekat dengan rumahnya..dan aku mungkin bertukar atau mungkin kekal di sini sachee..Namun aku tetap jadikan farah sebagai rumate ku yang terbaek, banyak rahsia antara kami digenggam bersama..rahsia apakah itu..syhhhh mana bley bagitahu..hihhihi..Aku hanya berdoa yang terbaik buat dia, si dia, rakan-rakan dan sekeluarga..

Dear Farah :

I hope our friendship will longer till forever..You're my bestiest rumate forever, even i could get a replacement but i'll never forget you..Sharing a good, sadness, happiness, tears, and everything together..I will miss you and i hope i could see you again because you still deeply in my H.E.A.R.T..


Farah in Different Smile..=)



10 perkara wajib tahu mengenai Farah :
1. Farah boleh menghabiskan masa selama berjam-jam di atas katilnya di waktu petang ber 'on9'
2. Farah suka menyanyi
3. Sudah memiliki buah hati..hehe
4. Hari jadi yang ke 19 kezutan buatnya yang aku plan tak jadi sebab dia sudah tido..haha
5. Mesti tido dulu sebelum aku tido
6. Pandai memasak..aku suka bubur nasi yang die buat..hehe
7. Kalau tido mesti akan memeluk teddy bearnya..sampai lembik dah teddybear die..hehe
8. Seorang yang mengambil berat dan caring terhadap rakan-rakannya..
9. Mudah menangis especially tengok movie sedih or apa-apa yang sedih..huaaa
10. Sangat sayangkan keluarga dan rakan-rakannya..

Rabu, 18 November 2009

Bilikku Yang Bersepah

Salam..

Alhamdulillah lega hati aku bila exam dah tamat..penat bersengkang mata menghadap buku-buku selama 2 minggu rasa hilang bila examiner announce yang paper aku dah tamat..Macam biasa bila exam, bilik aku jangan cerita la, punya la bersepah penuh ngan barang-barang dah macam kena langgar ngan burung garuda dah aku rasa..kehkeh..


yang ni kat bilik along dan nurin time wat study group paper ks2 utk makro dan mikroekonomi..
tengok la kertas abis berselerak untuk mengira bab kadar pertukaran matawang asing sachee..hehe

gula-gula Fruit Plus..dah jadi habit aku tiap kali exam mesti kena ada gula-gula nie..kalau tak aku senang jea melelapkan mata kat meja study aku nie..~wink

yang bertampal kat dinding ney bkn nota ringkas yea, tapi soalan spot dari maktab-maktab lain yang berjaya di seludup oleh aku..hehe
kalau ada sesiapa yang kata dia tak study guna soalan spot itu menipu namanya..normal la student dapat soalan spot betul tak??heeee

hah yang ney baru kat bilik aku..berselerak kan??


tengok la atas meja study aku nie, segala macam benda ada..takut plak aku tengok balik gambar nie..haha





Gol!!!!!

Salam...

Tamat sudah penantian selama 2 minggu menghadap buku-buku..fuhhh sangat lega okey..hehe

p/s : nak rehat dan tido sebentar..=)

Khamis, 5 November 2009

Ini luahan hati, moga tenang menghadapi dugaan hidup ini

Salam..

Sunyi ya sunyi itu yang dapat aku rasakan sekarang..Yang kedengaran hanya bunyi kipas yang berpusing laju di dalam bilik aku ini. Tiada teman di sini, tiada gelak tawa menghiasi malam-malam seperti malam sebelumnya. Aku keseorangan sahaja di dalam bilik yang aku duduki sekarang. Rindukan mak dan abah..hanya itu yang ada dalam fikiran aku sekarang..rasa tak sabar mahu pulang ke rumah, hendak melihat muka kedua-duanya..Entah la mengapa hati begitu gelisah rindukan mereka. Tiada teman berborak untuk meluah rasa, hanya di simpan di dalam hati sahaja. Begitu tertekan dengan situasi yang di hadapi sekarang, mudah terasa dengan orang-orang yang berada di sekeliling aku namun aku gagahkan diri menghadapi semua ini. Hati sempat tersentuh, air mata tidak mampu keluar lagi. Hanya 2 paper sahaja lagi aku akan selesai menduduki peperiksaan semester ini. Semester yang penuh dengan suka, duka, tangis dan tawa. Semuanya berkongsi rasa menerbitkan satu warna. Warna yang aku kira sudah pudar warnanya akibat di hiasi warna-warna hitam yang di lakari . Itulah yang menghiasi ragam manusia yang berada di sekeliling hidup ini. Di dalam hati ingin segera melarikan diri, sudah tidak sanggup terus dibelenggu situasi yang tidak terduga berlaku di dalam kehidupan sehari..Lemas rasanya tidak dapat menghidup udara yang di beri Maha Esa dengan tenang dan damai. Namun aku cukup bersyukur, dengan izinNya aku masih tetap di kurniakan rezeki dan kesempatan untuk terus berdiri teguh menghadap Allah Rabbul Izzati. Mula muhasabah diri dengan niat memperbaiki diri..mungkin menjadi insan yang lebih tabah meniti kehidupan ini, namun aku biarkan persoalan itu di kembalikan kepada hati. Biar hati yang berkata-kata. Banyak yang difikirkan di dalam otak yang dikurniaan Ilahi. Berat sekali kepala ini memikirkan masalah diri, namun apakan daya diri ini masalah perlu di hadapi. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim hanya Engkau tempat hambamu mengadu, hanya Engkau tempat ku memohon pertolongan agar masalah dapat diringankan dan dugaan yang datang dihadapi dengan tenang..Tiada apa yang ku pinta hanya keredhaan dariMu yang aku pinta, ampunkan salah dan silap hambamu sepanjang hambamu ini meniti usia dewasa semoga hambamu ini diberikan Hidayah olehMu agar menjadi guru murrobi mendidik anak bangsa dengan penuh erti…Insyaallah, Amin..

Sabtu, 31 Oktober 2009

Emosi yang melanda diri

Salam..

Malam tadi, di luar terdengar bunyi titisan air hujan yang turun menyembah bumi ipis ini..diselangi dengan bunyi kilat, bukan kilat sabung-menyabung..usai solat maghrib, aku masih berteleku di atas sejadah, menitipkan dan membasahkan bibir dengan alunan zikir dan alhamdulillah masih sempat aku menghabiskan satu juzuk al quran surah "An Najm" yang membawa maksud "Bintang".. selesai solat aku bergerak ke panel control kipas memperlahankan sedikit volumenya, tak tahan rasanya sejuk hembusan angin yang menyapa tubuhku hingga terasa ke tulang hitamku..

Aku kuak sedikit pintu bilik aku E326 , aku pandang terus ke langit, hanya awan hitam menghiasi di dada langit, tiada satu bintang yang dapat aku lihat seperti surah yang aku bacakan tadi..aku duduk di birai katil merenung di sekeliling bilik aku, ya bilik ini..bilik yang memulakan segala-galanya..di sini bermula perjalanan hidup aku sebagai seorang bakal guru, bilik yang menemukan aku dengan seorang insan yang baru aku kenali 'Farah", bilik yang mengajar aku erti rindu terhadap keluarga dan segala macam perasaan bercampur menjadi satu..saat itu air mata sudah tidak tertahan lagi lalu tumpah membasahi pipi..amat deras sekali..

Entah kenapa 2, 3 hari ini, hati cepat sangat tersentuh..tersentuh dengan perubahan yang bakal berlaku..tersentuh dengan orang yang disekelilingku..hanya rakan2 tempat aku mengadu.Pelik dengan diri sendiri..aku sendiri kurang memahami situasi dan perubahan diri..Farah tiada di bilik, pulang ke rumah menghabiskan cuti di hujung minggu bersama keluarag tersayang..Ya hanya aku penunggu setia ruang kamar yang sunyi ini ditemani buku-buku yang bertaburan di atas meja..

Peperiksaan semakin menghampiri, waktu pantas berlari..helaian buku sistem ejaan rumi dan komunikasi bertulis habis juga ku selak dan ku baca..sudah mula menghafal point-point yang aku catat di dalam kertas A4 yang ku lipat dua..mudah aku kira sekiranya aku terlupa, hanya perlu lihat semula tanpa perlu membuka buku tebal subjek itu..Di dinding bilik sudah bertampal dengan soalan-soalan spot yang di kirim oleh kawan-kawan serata maktab..di dalam hati panjatkan doa moga-moga soalan spot itu keluar..aminnn..

Lepas membaca aku lihat gambar keluarga di skrin compaq aku yang baru berusia 1 tahun 4 bulan 1 hari..terpandang wajah mak dan abah..terlayar segala kebaikan mereka di ruangan mata, berderai lagi air mata..murah sungguh air mata aku ini tak terhingga banyaknya ia keluar tanpa henti..semangat untuk berjaya dalam peperiksaan kali ini semakin membara..biarlah pointer sem ini meningkat lagi seperti sem yang lepas, moga itu dapat menggembirakan a=hati orang tuaku yang tercinta..

Puas menangis, aku terpandang handphone sony ericsson aku yang setia disisi yang di hadiakan oleh abah..sepi tanpa ada deringan yang berbunyi..panggilan dan sms yang aku nanti belum ada..dalam hati rasa bersalah menguasai diri..sedar dengan kesibukan diri sehingga terlupa insan yang sentiasa disisi..apa yang harus aku lakukan?? sms meminta maaf sudah ku kirimkan, tapi tiada balasan yang maaf aku diterima..sudah 2 minggu kami berdua sepi, hanya bertanya khabar sahaja, tidak seperti selalu..tiada lagi suara yang mengusik aku ketika malam menjelang tiba, tiada lagi kata-kata semangat untuk kami berdua, tiada lagi gurauan yang mampu membuatkan kami berdua tertawa, tiada, tiada, tiada dan tiada..yang ada hanya sms hendak segera menamatkan perbualan di sms..hanya ucapan selamat malam yang dikirimkan, itu pun kalau ada kalau tidak sepi tanpa cerita..

Ya aku tahu, dia sedang marah dan terasa dengan aku..itu sudah aku jangkakan..naluri hati kuat memberitahu aku apa yang sebenarnya yang berlaku..cuma bila aku bertanya dia menidakkan sahaja persoalan aku..sekarang aku biarkan sahaja..memang dia berhak merasa sebegitu, mungkin ucapan maaf aku tidak langsung bernilai di matanya..

Sekarang aku hanya mahu belajar untuk peperiksaan akhir ini..tidak mahu lagi memikirkan perkara ini buat sementara waktu..biarlah keadaan menjadi tenag sekejap..aku tidak mahu menyesakkan fikirin aku yang sedia buntu dan aku hanya mahu mengisikannya dengan segala macam ilimu tenses, analysis poem, essay writing, penulisan kata, pembentukan kata, teks pengacaraan majlis, masalah pengganguran, diskriminasi harga, pemboleh ubah makro dalam kedudukan ekonomi, pandangan "keynes" mengenai ekonomi , DEB, imigran, wawasan 2020 dan segala macam ilmu yang akan aku hafal dan fahami dan aku akan luahkan ia di atas kertas pada 4, 5, 10 dan 12hb nanti..doakan aku semoga berjaya hanya itu yang akau harapakan..Tabahkan hatimu wahai Syuhada..

Khamis, 29 Oktober 2009

Taklimat Exam

Salam..

Hari ini tak ada kuliah..cuma ke taklimat exam sacheee..macam sem2 yang lepas jugak taklimat masih sama cuma mungkin ada sedikit perubahan aku kira..tak banyak sikit sachee..kali ini aku khusyuk sekali mendengar taklimat yang Ust Fazdi beri..Dalam hati terbayang macam-macam

Ya inilah sem yang terakhir untuk aku..sem terakhir persediaan ijazah..berdebar sungguh hati ini, tak terkira berapa laju denyutan nadi aku..membayangkan segala macam perkara dan kemungkinan..kemungkinan apa??

1. Kemungkinan kelas aku akan di tukarkan ke IPGM BA @ IPGM Bahasa Antarabangsa
2. Takut persediaan peperiksaan akhir ini aku masih belum bersedia nak menjawab soalan exam
3. Banyak yang belum aku study terutamanya makro n mikro ekonomi
4. Risau tak dapat naikkan CGPA untuk sem nie

banyaknya kerisauan aku..huhu..dalam hati aku rasa sebak sangat, rasa ingin menangis bila terkenangkan kemungkinan aku akan berpisah dengan teman2 sekelas aku sebab mungkin akan berpecah berbeza maktab..betul ke ayat aku nie..hehe..dan sebak bila memikirkan kemungkinan kami sekelas akan meninggalkan ipis ini..Ya allah sedih aku memikirkan perkara-perkara ini..sungguh dalam diri dah mula terbit rasa cinta dan sayang dengan ipis nie..banyak perubahan diri yang aku dapat rasai..tapi apa yang boleh aku lakukan kalau itu sudah ditakdirkan, sekarang aku hanya mampu berdoa..