Salam...
Hari ini kelas macam biasa..pagi nie aku tak pergi perhimpunan, bukan sengaja tak pergi tapi tersalah information, hehe..tapi nasib aku baik hari ini, sebabnya analisis kehadiran dah dihantar ke HEP untuk penilaian eaxam semester nie, so tak la aku takut sangat kena denda Encik Mat Zin..wink
Macam biasa pergi kelas, pensyarah tak masuk juga..minggu study week semakin dekat..macam biasa dah mula berduyun-duyun pelajar maktab aku ke pejabat peperiksaan nak tengok jadual exam dah dikeluarkan ataupun belum..aku pun turut tak ketinggalan ikut melihat kalau-kalau jadual exam dah dikeluarkan..jawapannya sangat menghampakan
Aku dan along ke kedai photostat makcik, sibuk photostat "Pena Astana" untuk keluaran bulan nie..Edisi Terhad!!! Najib pula sibuk photostat bahan bm untuk exam, sementara menunggu makcik siap photostat aku, along dan najib lepak-lepak kat library sambil tangan lincah menyelak helaian surat khabar hari ini..Banyak berita yang menarik tapi tak semuanya aku baca..ruangan gosip menjadi pilihan utama..
Along sampai dan serahkan kat aku bahan-bahan yang dah diphotostat untuk di stapler, lincah tangan aku menstapler buletin, mujur najib sudi membantu, datang pula Adidi duduk di sebelah mengepit surat khabar dan join semeja dengan kami..tiba-tiba terdengar suara along,
"Syud taw tak makcik silap photostat la.."
"La ye ke, erm kena pergi photostat balik la mana-mana buletin yang tertinggal"
"Ok, ko tunggu kat sini.."
"Ok"
Mujur kedai photostat depan library, jadi tak jauhlah kaki along nak menapak..
Sambil sibuk stapler dan najib tolong aku menyusun buletin tu, sempat berborak dengan Najib..Berbincang dan memberi pendapat mengenai kerenah kaum adam dan hawa apabila sedang bercouple..sungguh macam-macam yang aku dan najib bincangkan..lagak sedang berdebat isu tersebut..Aku tanya pandangan najib mengenai.....syhhhhhh rahsia diantara kami berdua sacheeee...hehe "PERHATIAN tiada isu sensitif or 18 sx dibincangkan yea" , hanya beberapa pendapat dan pandangan yang dilontarkan bersama mengenai isu budaya dan trend bercouple nie..banyak maklumat dikongsi bersama, betul dengan najib aku boleh dapat pelbagai maklumat tentang lelaki dan aku pula dari perspektif perempuan..
Lega, memang lega bila dah berbincang begitu..baru aku tahu sebenarnya apa yang berlaku dengan situasi aku sekarang..(ada kaitan dengan entri aku yang sebelumnya)...tak perlu lah aku cerita dekat sini..hehe
Siap semua kerja terus kami bertiga balik ke kelas, dalam hati meronta-ronta nak tengok sekali lagi kat pejabat S/U exam kot-kot ada rezeki jadual dah keluar..lalu depan pejabat ada dua orang budak junior maths tengah tengok jadual..aku pun dekatkan diri dengan board, rupanya hanya tarikh exam sachee yang ada.. subjek tak tahu lagi..
Sekarang, aku masih belum bernafsu nak bukak buku lagi, malam ini barangkali lapangkan masa baca apa yang patut..Arghhhh kepala pening, mana satu yang nak baca dulu nie, sekarang masih sempat mengupdate blog..Syud lupakan semuanya, cepat baca buku!!!!!!!!!!
Itu sacheee cerita mengarut aku hari ini..
PINJAMAN
-
Benda yang paling aku takut sekarang, bilamana nikmat yang tuhan pinjamkan
akan diambilnya semula. Bila yang hak empunya mesti dikembalikan pada
pemilik ha...
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan