Salam..
Hari ini kelas aku macam biasa..Puan Faridah sachee yang masuk dan macam biasa sempatlah juga aku bertanyakan kat puan mengenai beberapa soalan exam paper bahasa melayu..sekurang-kurangnya aku dah ada sikit-skit mood study tu..hehe
Rehat tadi ada bacaan yassin sempena mendoakan Puan Siti Romlah, pensyarah kajian sosial kelas aku nak menunaikan haji tahun ini..7hb nie puan akan berlepas ke tanah suci..sambil-sambil tu buat majlis bacaan yassin untuk satu kelas ku untuk exam sem nie..majlisnya ringkas sachee hanya dihadiri oleh kami, puan siti dan puan hanifah..makan?? puan belanja kami semua hari ini..
Pagi tadi sebelum majlis bacaan yassin dibuat kat dalam kelas aku, Azli merangkap ketua kuliah aku dah buat announement yang besok akan ada pilihan raya kelas aku untuk memilih ketua kuliah dan penolong sem depan..Nah inilah yang kami semua nantikan siapa yang bakal merebut kerusi keramat itu..hehe..macam biasa semua dah excited mencalonkan calon pilihan masing-masing tak kurang juga sibuk berkempen antara satu sama lain..Bak kata Azli masa untuk berkempen bermula dari jam 9 pagi tadi (ketika pengumuman pilihan raya dibuat) dan akan berakhir pada keesokkan harinya jam 9 pagi juga..Fuhhh tak sabar nak tahu siapa la yang akan menggantikan azli dan tina sem nie..Mungkinkah aku merupakan calon pilihan untuk merebut kerusi keramat tu ?? Haha tidak sama sekali jawapannya..
Kita tunggulah besok, siapa yang bakal menjawat dua jawatan MT kelas sem depan..tak kisah lah sape yang dapat aku hanya mendoakan semoga sem depan akan jadi lebih gempak dan meriah dari sem2 yang lepas..dan kita semua akan bersatu dan bekerjasama dengan organisasi kelas aku yang baru agar dapat memantapkan lagi prestasi cemerlang kami seperti sem2 yang sebelumnya..insyaallah!!!
So tunggu la besok aku update jawapannya..sabar yea =)
PINJAMAN
-
Benda yang paling aku takut sekarang, bilamana nikmat yang tuhan pinjamkan
akan diambilnya semula. Bila yang hak empunya mesti dikembalikan pada
pemilik ha...
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan