Salam..
Hari ini pergi ke kelas seperti biasa, badan aku terasa sangat lemah dalam kelas aku terus tido..Puan Siti Romlah panggil nama aku dan tanyakan kepada kawan-kawan aku yang lain kenapa aku sebegitu lemah..Aku hanya mendengar kawan-kawan bagitahu yang aku demam, bukan aku sahaja yang tido tapi myra pun sama sakit tekak dan demam seperti aku..
Puan suruh aku ke klinik buat check up..terserlah sifat keibuannya, sungguh aku sungguh rasa terharu..aku dan myra ke klinik tapi m.c untuk hari itu.. puan kata kami berdua tak perlu buat presentation..markah sebenarnya sudah di key-in tapi sengaja yang lain buat presentation kerana p.p sudah di buat..dapat ubat yang pelbagai jenis untuk aku dan myra..aku makan ubat dan terus tido..jamuan kajian sosial aku tak hadiri, kaki tak terdaya nak melangkah..bangun petang tu, atas meja study aku lihat ada 2 kotak polistrin berisi makanan dengan sekeping nota..rupanya nabila yang hantar dan suruh aku makan kerana aku masih belum makan apa-apa pun lagi..
Terima kasih kepada kawan-kawany yang mengambil berat..
PINJAMAN
-
Benda yang paling aku takut sekarang, bilamana nikmat yang tuhan pinjamkan
akan diambilnya semula. Bila yang hak empunya mesti dikembalikan pada
pemilik ha...
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan