Salam..
Hari nie memang rasa tak larat, perhimpunan aku hanya duduk sachee..Tekak mula teras perit nak bercakap pun aku tak larat..Sampai kelas aku dapat tahu ada pelajar junior meninggal dunia..dalam hati aku sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga adik Humaira dicucuri rahmat..
Dalam kelas Abang Long bagitahu yang Anis masuk wad..mungkin akan dibedah, terkedu aku dengar berita itu..sempat berdoa untuk anis agar selamat sambil-sambil itu sempat aku hantar satu sms ringkas tanya khabar, doa dan semangat kepadanya..
Aku?? Tiba-tiba badan rasa macam tak sihat..Tidur sachee dalam kelas dan nasib aku baik kerana pensyarah ramai yang tak masuk..Dalam hati aku rasa lega..dapatlah aku berehat sekejap..Tiba-tiba nabila bagitahu aku yang kami kena ke bilik gerakan warden, kemaskini fail kolej kediaman sempena pemantauan dari BPG.. aku gagahkan diri juga pergi..
Selesai, ke cafe beli nasi+sup sayur..lauk lain tak mampu menambat selera aku dengan tekak yang sakit nie..makan nasi dan ubat terus tidur..
PINJAMAN
-
Benda yang paling aku takut sekarang, bilamana nikmat yang tuhan pinjamkan
akan diambilnya semula. Bila yang hak empunya mesti dikembalikan pada
pemilik ha...
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan